Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Sepuluh (10) Amalan Harian SD2

Sunday, 3 July 2011

Sepuluh (10) Amalan Harian SD2

Jika anda berdiet SD2 dan ingin menurunkan berat badan dengan kadar yang terbaik maka pastikan anda mengikuti kesemua sepuluh (10)  amalan harian ini setiap hari. Sepuluh (10) amalan harian itu adalah seperti berikut:-
  1. Campurkan 2 skup SD2 kedalam lebihkurang 250 ml air, goncang atau kacau sehingga larut dan minum. Ambil SDII sebanyak 4 kali sehari diselang-selikan dengan waktu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Boleh ambil sebelum atau selepas makan.
  2. Pilih makanan yang rendah karbohidrat (tidak lebih dari 35 gm sehari) dan makanlah sekurang-kurangnya tiga (3) kali sehari. Boleh makan lagi sekiranya merasa lapar. Kurang makan atau berlapar hanya akan merendahkan metabolisma dan melambatkan penurunan berat badan.
  3. Campurkan makanan anda dengan Lite Salt (garam makanan) atau/dan Lite Seasoner untuk menambah potassium serta mineral lain didalam makanan yang anda makan. Mineral yang cukup penting untuk mengelakkan rasa lenguh anggota badan, letih, mengantuk atau kekejangan kaki jika kekurangan elektrolit didalam badan ketika berdiet.
  4. Amalkan pengambilan 2 sudu teh cuka apple (Apple Cider Vinegar) setiap hari supaya pembakaran lemak dibadan dapat ditingkatkan. Boleh campurkan kedalam SD2 atau air kosong dan minum selepas makan.
  5. Ambil 4 sudu teh minyak “cold pressed” seperti minyak zaitun setiap hari. Boleh tambahkan dengan mengambil 2 biji kapsul Flaxseed Oil atau lain-lain minyak/lemak didalam ketegori asid lemak yang diperlukan (Essential Fatty Acids) untuk pembakaran lemak yang lebih optima serta kawalan kolesterol semasa berdiet.
  6. Ambil FiberMax atau serat makanan sebanyak 1 sudu besar kedalam SD2 atau segelas air kosong dan minum sebelum setiap kali kita makan. Ianya melawaskan pembuangan air besar dan juga membantu penurunan berat badan.
  7. Minum air kosong atau air mineral sekurang-kurangnya 2 litre sehari. Tambah minuman anda dengan meminum teh hijau atau teh herba yang sudah dinyah keffein dan tanpa gula.
  8. Jangan biarkan diri anda berlapar ketika berdiet. Berlapar hanya akan merendahkan metabolism anda dan melambatkan pembakaran lemak.
  9. Lakukan ujian air kencing dengan Keto sticks setiap hari untuk mempastikan pemakanan anda sudah betul mengikut keperluan berdiet. Dapatkan warna pink setiap hari untuk penurunan berat badan yang lebih banyak.
  10. Jalanilah cara hidup yang aktif seperti mengamalkan menggunakan tangga dari menaiki lift bagi tingkat yang rendah atau parkir kenderaan di tempat yang jauh supaya anda boleh beriadah secara tidak langsung. Jika mampu bersenamlah selama 30 minit setiap hari untuk mempercepatkan lagi pembakaran lemak. Pilihlah senaman aerobic yang mempercepatkan dengup jantung anda (cardio exercise) seperti berjongging atau berbasikal.

0 comments:

Post a Comment