Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Kampung Yang Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) – Bahagian 1

Thursday, 21 July 2011

Kampung Yang Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) – Bahagian 1
Kampung Alert Bay Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) Didalam Kajian Selama Setahun
Oleh Lena Sin, Suratkhabar The Province : Ahad, March 16,2008

Cerita ini mungkin agak sudah lama serta agak panjang sedikit dari biasa tetapi saya pasti ia masih bermakna untuk kawan-kawan kita yang berusaha samada untuk menurunkan atau mengekalkan berat badan mereka.

Samada anda berminat didalam menurunkan berat badan atau tidak, saya yakin topik ini sudah pasti menarik perhatian anda. Itulah apa yang berlaku apabila mereka membaca Suratkhabar Edisi Hari Minggu Kanada, The Province pada pagi yang bertarikh March 16, 2008.

Ini bagaimana pemberita Lena Sin memulakan ceritanya:
“Bandarnya telah mula mengecil, dan Greg Wadhams juga berazam untuk mengecil bersama-samanya. Oleh itu pada malam yang dingin bulan December 2006, nelayan komersial yang berumur 55 tahun itu duduk serta mengucapkan selamat tinggal kepada yang lepas. Dia menikmati makanan ayam chow mein, nasi goring dan udang goring dengan rasa yang amat puas. Selepas itu, dengan suapan yang terakhir, dia mengucapkan selamat tinggal kepada makanan kegemarannya itu.”

Wadham sebenarnya telah merancang untuk kembali kepada diet tradisional penduduk asli tempatan untuk tahun berikutnya, menyertai ujikaji yang akan dijalankan untuk keseluruhan penduduk kampung kecil di Alert Bay, yang bertujuan untuk memerangi obesiti dan diabetis yang melanda penduduk di kawasan Vancouver Island, British Colombia itu.

Peraturannya amat mudah: Makan apa sahaja lemak yang anda mahu, apa sahaja makanan laut, daging dan sayur-sayuran yang bebas kanji. Lemak tenusu seperti krim dan cheese dibolehkan tetapi bukan susu. Makanan-makanan lain yang berkarbohidrat seperti pasta, roti, kentang goring langsung tidak dibenarkan. Sebelum ini memang tidak ada nenek moyang Wadham yang berpesta memakan pasta atau nasi atau ais krim.

Menjelang berakhirnya tahun 2007, lebihkurang 1,200 pounds (544kg) berat telah diturun secara berkumpulan dari jumlah lebihkurang 80 orang penduduk kampung nelayan tersebut yang secara resminya menyertai program tersebut – berat yang lebihkurang sama dengan sebuah truck atau 10 ekor babi gemuk.

“Nenek  moyang kami mesti sudah mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu kerana apabila kita makan cara mereka, maksud saya, anda akan rasa hebat,” kata Wadham.
Dia sendiri bukan sahaja kehilangan 18 kg, tetapi juga tidak  memerlukan apa-apa jenis ubat lagi untuk penyakit kencing manisnya.

Ketua puak ‘Namgis yang selamanya kaum nelayan iaitu Bill Cranmer, yang juga susut 4.5kg didalam program tersebut merasa sangat teharu dengan keputusan yang dicapai dan mencabar semua penduduk negeri itu melakukan perkara yang sama.

"Saya sedar akan masalah obesiti dan diabetis, dan ini adalah cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah tersebut,” katanya lagi.

Ujikaji di Alert Bay tersebut adalah hasil gagasan Dr. Jay Wortman,  seorang doktor yang juga menghidapi masalah kesihatan beberapa tahun sebelumnya. Wortman, seorang penyelidik di Universiti of British Colombia, telah mengalami masalah berat berlebihan, merasa penat dan memerhatikan bahawa tekanan darah  beliau sudah mula meningkat. Dia selalu merasa dahaga, dan kerap untuk bangun terkencing pada waktu tengah malam.

Pada mulanya dia mengenepikan masalah tersebut sebagai faktor umur sehinggalah dia tersedar yang dia sepatutnya lebih mengetahui akan punca masalah tersebut. Wortman telah menunjukkan tanda-tanda Diabetis type 2, dimana ujian yang selanjutnya mengesahkan bahawa dia memang betul menghidapinya. Lebih menarik dimana beliau sendiri pernah menjadi doktor residen disebuah kem musim panas untuk kanak-kanak yang menghidapi diabetis.

Apabila beliau tersedar, doktor yang berumur 57 tahun ini terus memberhentikan makanan berkarbohidrat untuk tidak memburukkan lagi kadar gula darahnya yang sedang tinggi itu. Dia bukannya bermaksud untuk merawat penyakit kencing manis tersebut, dimana selalunya memerlukan terapi ubat-ubatan dan bukan juga bermaksud untuk melambat-lambatkan kesan penyakit tersebut.  Namun begitu, sesuatu perkara yang ajaib telah berlaku: Kadar gula didalam darahnya menjadi normal, kembali bertenaga, berlaku penurunan berat badan dan peristiwa bangun kencing pada waktu malam serta kerap merasa dahaga juga hilang. Isteri Wortman menerangkan bahawa suaminya telah mengikuti Diet Atkins.

Tetapi bagi Wortman,  ia mengingatkannya kepada makanan semasa kecilnya di Northern Alberta, dimana daging kering moose sebagai snek yang biasa dan haiwan liar serta sayuran yang rendah gula sebagai makanan utama setiap hari.

Menyedari penduduk asli Kanada sedang bergelut dengan masalah obesiti dan kadar diabetis yang 3 hingga 5 kali lebih tinggi dari keseluruhan penduduk, Wortman memutuskan untuk  melancarkan satu ujikaji untuk memastikan samada diet penduduk asli berkesan untuk melawan penyakit-penyakit tersebut. Dengan dana sumbangan dari Health Canada, Wortman terbang ke Alert Bay untuk mendapatkan sokongan penduduk disana untuk kajian tersebut.

>> Nanti kita akan melihat apakah yang sebenarnya berlaku kepada penduduk di Alert Bay apabila menjalani program pemakanan tersebut dalam artikel yang selanjutnya.

0 comments:

Post a Comment