Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Ini Adalah Minggu Pertama Saya Berdiet Rendah Karbohidrat. Kenapa Saya Merasa Pening Kepala ?

Wednesday, 27 July 2011

Ini Adalah Minggu Pertama Saya Berdiet Rendah Karbohidrat. Kenapa Saya Merasa Pening Kepala ?

Pada hujung minggu lepas saya telah membuat latihan intensif berdiet yang bertajuk Kurus & Sihat Sepanjang Hayat dengan SDII selama dua hari di MidValley dengan kehadiran yang sangat menggalakkan kerana kedatangannya memang ‘full house’.  Oleh kerana masa yang terhad dan terlalu banyak topik yang menarik yang telah kita bincangkan maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan dengan lebih lanjut lagi berkenaaan soalan yang sangat popular seperti diatas.

Saya telah menerangkan banyak sebab-sebab yang boleh menyebabkan kita pening kepala apabila mula berdiet dan biasanya ini berlaku disebabkan oleh badan kita yang sudah mula beransur-ansur untuk menyesuaikan diri dengan cara pemakanan yang baru dimana gula sudah mula berkurangan dari apa yang kita makan dan badan akan beralih kepada pembakaran lemak didalam badan sebagai sumber tenaga alternatif. Keadaan ini berbeza-beza untuk setiap orang dan banyak juga orang tidak merasa apa-apa kesan langsung tentang perkara ini. Oleh itu saya selalu mencadangkan bahawa kita perlu membuat penyesuaian berdiet mengikut keadaan tubuh badan masing-masing.

Namun begitu sebenarnya kekurangan mineral didalam badan juga mungkin menjadi punca kepada masalah ini. Kita perlu faham, apabila kadar insulin didalam darah kita sudah mula menurun, kita juga akan kehilangan garam dan air dan didalam proses ini kita juga kekurangan potassium didalam badan.

Oleh itu, dengan kehilangan air yang banyak yang saya harapkan anda minum,  anda juga mungkin kekurangan elektrolit didalam badan yang akan merendahkan tekanan darah anda pada tahap yang mungkin menyebabkan anda rasa pening kepala.

Apabila ini berlaku maka ini sebenarnya bukan masalah tidak cukup gula didalam darah oleh sebab tidak mengambil makanan berkarbohidrat seperti sangkaan ramai.

Cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan mengganti garam yang hilang tersebut dengan menambah garam semulajadi didalam makanan atau minuman anda dan lihatlah akan kesannya pada tubuh anda. Cubalah satu sudu teh potassium chloride dan satu sudu teh garam makanan yang semulajadi (jangan gunakan garam putih yang sudah diproses) kedalam satu gelas air suam dan minum dan ia sememangnya amat berkesan untuk mengatasi masalah pening kepala, lenguh badan atau cepat mengantuk ketika anda berdiet.

Jangan lupa mengambil suplemen potassium ketika anda berdiet.

0 comments:

Post a Comment