Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Makan Sandwich Kesihatan Untuk Berdiet

Friday 8 July 2011

Makan Sandwich Kesihatan Untuk Berdiet

Semalam saya berpeluang bercerita tentang bab kesihatan dengan anak perempuan saya yang juga bekerja secara sambilan di restoran makanan segera yang berasaskan sandwich;  sambil belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Shah Alam. Perbincangan ini amat menarik kerana disepanjang waktu pekerjaannya dia banyak berjumpa dengan ramai orang-orang yang memang berusaha mengambil berat soal kesihatan masing-masing dan datang makan di restoran tersebut.

Kata anak saya lagi, cuba lihat cara pesanan yang dibuat oleh seorang eksekutif wanita muda yang tergolong diantara mereka-mereka yang sedang menjaga kesihatan dan pemakanan. Pesanannya adalah seperti berikut,” Saya tengah menjaga kesihatan dan berdiet, saya mahu sandwich wheatgerm, letak lebih sayuran, kurangkan daging dan ayam, jangan letak cheese, letak oil & vinegar dan triple the sos !. Sertakan minuman diet xxxx dengan makanan tersebut”.

Maka saya dan anak saya pun ketawa dengan cara pesanan itu dibuat. Saya tidak menyalahkan eksekutif  wanita muda tersebut kerana cara pemahaman kita tentang kesihatan telah banyak tersalah arah kerana kepentingan syarikat-syarikat pengeluar makanan yang mencorakkan cara pemahaman kita tentang kesihatan dengan bertujuan untuk melariskan produk mereka semata-mata.

Jika lebel ‘kesihatan’ boleh melariskan makanan tersebut, maka mereka akan mencari apa sahaja kandungan baik makanan tersebut atau melebelkan jenama makanan tersebut dengan perkataan ‘diet’ atau ‘light’ atau ‘low’ dan seumpamanya. Namun begitu, sudah tentulah syarikat tersebut tidak mengenengahkan kandungan produk mereka mengandungi gula atau karbohidrat berlebihan atau mengamdungi ‘trans fat’ atau lemak tepu yang tidak boleh dihadamkan oleh badan. Ditengah-tengah perbincangan tersebut, kami juga kebetulan mendengar iklan radio berkenaan sejenis ayam panggang yang sihat kerana rendah kalori, rendah lemak dan rendah garam. Ini menambahkan ketawa kami lagi anak-beranak.

Syukurlah anak-anak saya pun sudah mula faham akan jenis-jenis pemakanan yang sihat dan tidak hanya tertipu dengan iklan-iklan produk syarikat makanan semata-mata. Gula yang berlebihan yang kita makan adalah diantara sebab-sebab utama lemak meningkat didalam badan. Contohnya tentang sandwich kesihatan tadi, jika kita hendak berdiet dan menurunkan berat badan maka jenis pemakanan yang perlu kita jaga adalah kandungan gula atau karbohidrat sandwich tersebut.

Memang lebih baik kita mengambil roti wholemeal kerana karbohidratnya lebih rendah tetapi sos yang diambil dengan tiga kali ganda tersebut itulah punca gula yang teramat tinggi dan menyebabkan berat badan kita naik. Selalunya 1 sudu  sos tersebut ada lebihkurang 53 gm karbohidrat (agak berbeza mengikut jenama produk tersebut) dan ini bersamaan dengan 5 keping roti wholemeal. Cuba bayangkan jika dia mengambil 3 kali ganda sos tersebut; ini bermakna sama dengan memakan lebihkurang 15 keping roti wholemeal. Belum lagi mengira kandungan karbohidrat pada minuman diet xxxx yang dipesan dengan makanan tersebut. Jadi apakah gunanya mengurangkan makan ayam & daging atau tidak mengambil cheese didalam sandwich tersebut ? Sekarang anda sudah fahamkah kenapa kami ketawa ?

Saya terus melanjutkan perbincangan anak-beranak ini dengan menceritakan secara terperinci tentang fungsi kandungan sandwich yang dipesan tersebut seperti wheatgerm, oil & vinager dan apakah impaknya terhadap kesihatan dan penjagaan berat badan.

0 comments:

Post a Comment