Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Testimoni SD2 - Izran Sarrazin 17 kg, 8 Minggu

Wednesday 29 June 2011

Hubungi kami jika anda juga ingin menurunkan berat badan secara sihat, selamat dan tanpa perlu berlapar.
SDII Protien Sparing Diet      
  • Boleh makan banyak dan tidak perlu berlapar
  • Bukan ganti makanan atau meal replacement
  • Turun berat dengan cepat
  • Kadar penurunan berat yang seimbang dan sekata
  • Selamat kerana bukan ubat diet
  • Sihat dengan zat-zat makanan yang seimbang
  • Rasa lebih bertenaga
  • Lebih peka dan badan lebih ringan
  • Tidak memecahkan protein dalam badan
  • Mencantikkan warna &  tone kulit
  • Kulit tegang dan tidak kendur
  • Nampak lebih muda & bertenaga
  • Meningkatkan pembakaran lemak badan secara semulajadi
  • Tidak ada kesan naik mendadak apabila berhenti
  • Tidak anda cirit birit atau sakit perut
  • Memegang rekod dunia dengan penurunan 64kg dalam masa 1 bulan
  • Penyelidikan oleh Harvard Medical School

Program Latihan Lean4Life - Kekal Kurus & Sihat Sepanjang Hayat

Thursday 23 June 2011

Program Latihan Lean4Life - Kurus & Sihat Sepanjang Hayat
 

Pendaftaran terbuka untuk orang-orang yang ingin mendalami cara-cara menurunkan berat badan tanpa mengira group atau downline dan juga yang belum menjadi ahli.

 




Untuk pendaftaran di kawasan Johor Bahru sila hubungi:
Nor Fadzilah 019 771 3409
Faisal Rahim 016 719 8941

Untuk pendaftaran di lembah kelang sila hubungi:
Hazura 019 319 7976
Cerinna 016 398 9894

Cara-Cara Pengambilan SD2

Cara-Cara Pengambilan SD2

Tiada peraturan rumit untuk dituruti ketika mengambil SD2.  Cara makan SD2 amat mudah seperti berikut:-

1. Campurkan 2 skop SD2 kedalam lebihkurang satu gelas (200 – 250 ml) air sejuk,  kacau atau goncang sehingga larut didalam gelas atau shaker dan minum.
2.   Minum sebanyak 4 kali sehari diselang-selikan dengan waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Contohnya begini; Bangun waktu pagi kita minum SD2 (1), lepas itu kita sarapan pagi. Sebelum makan tengah hari ambil SD2 (2) kali kedua dan kemudian makan tengahari seperti biasa. Sebelum makan malam kita boleh mengambil SD2 (3) sekali lagi dan makan malam seperti biasa. Kali keempat  (4) boleh ambil SD2 waktu minum petang atau sebelum tidur. Semuanya 4 kali sehari dan boleh disesuaikan mengikut program harian kita supaya kita tidak berlapar dan perut sentiasa kenyang.
3.    Boleh mengambil SD2 ketika sebelum atau selepas makan.
4.  Sekiranya anda berpuasa, masih perlu mengambil SD2 sebanyak 3 kali pada waktu malam.Contohnya: berbuka 3 skup, nak tidur 2 skup, sahur 3 skup, jumlah semua 8 skup SD2 sehari.
5.   Pada waktu sarapan, makan tengahhari dan makan malam pula jangan mengambil makanan berkabohidrat dan bergula termasuk air yang manis serta berkafein dan juga buah-buahan lebih dari 35 gram sehari. Makan lauk-lauk sahaja.
6.    Boleh memakan sayuran-sayuran hijau dan juga tomato.
7.    Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari atau lebih lagi. Lagi banyak minum lagi baik.

APA YANG ANDA BOLEH MAKAN?
(Digalakkan untuk makan. Boleh masak mengikut cara kesukaan anda)
APA YANG ANDA TIDAK BOLEH MAKAN?
(Dilarang makan tidak lebih dari 35 gram sehari untuk kesan yang optimum)
AYAM
LEMBU
KAMBING
ITIK
IKAN
UDANG
KETAM
SOTONG
TELUR
BUAH AVOCADO & ZAITUN
SAYUR-SAYURAN HIJAU BUKAN BERUBI
PRODUK SOYA YANG RENDAH KARBOHIDRAT
KEJU YANG RENDAH KARBOHIDRAT
AIR TEH HIJAU YG TAK BERKAFEIN SERTA TIADA GULA
AIR KOSONG /AIS
LAIN-LAIN MAKANAN BERPROTIEN SAHAJA
NASI
MEE
PASTA
ROTI
BISKUT
GANDUM/OAT/NESTUM
SAYURAN BERUBI
ALKOHOL
KAFEIN (KOPI/TEH)
MINUMAN RINGAN
MINUMAN DIET (SODIUM) & BERGAS
BUAH-BUAHAN/KURMA
SUSU
GULA-GULA (MANISAN)
GULA/MADU
LAIN-LAIN MAKANAN BERKARBOHIDRAT
SERTA BERGULA

Anda masih boleh mengambil makanan-makanan yang dilarang ini secara sederhana sekiranya anda tidak perlu menurunkan berat badan dengan cepat. Untuk kesan yang optimum, tinggalkan lah segala larangan tersebut sementara berdiet.

Perhatian:
1.    Oysters dan mussels mengandungi karbohidrat yang tinggi dari makanan laut yang lain. Jangan memakan lebih dari 120 gram sehari.
2.    Jangan memakan organ dalaman haiwan seperti empedal, jantung dan hati lebih dari 120 gram sehari.
3.    Makanan yang diproses seperti ham, bacon, pepperoni, salami, hot dogs, daging buger, fishball, fish fingers dan seumpanya mungkin ada campuran gula dan tepung yang akan menyebabkan kandungan karbohidrat yang tinggi. Baca fakta nutrisi makanan tersebut dan pastikan anda tidak memakan lebih dari 35 gram net karbohidrat sehari.
4.    Jangan mengambil langsung daging, ikan atau makanan lain yang dirawat dengan nitrates yang mengandungi karsinogens serta membahayakan kesihatan. 
5.    Berhati-hati makanan yang mengandungi campuran daging, seafood dan ikan seperti makanan tiruan daging ketam, fishball, meatloaf serta makan bertepung yang lain.

Bagaimana Cara Pengambilan SD2 Sewaktu Berpuasa ?

Wednesday 22 June 2011

Bagaimana Cara Pengambilan SD2 Sewaktu Berpuasa ?

Sejak kebelakangan ini saya kerap menerima soalan tentang cara-cara mengambil SD2 semasa menjalani puasa disiang hari. Walaupun belum masuk bulan Ramadhan, maka telah ramai memulakan kewajipan berpuasa samada berpuasa sunat, puasa ganti atau puasa Rejab, Syaaban dan terus puasa Ramadhan.

Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet SD2 yang perlu kita perhatikan. Pantang SD2 yang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita jaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. Apabila kita sudah berbuka nanti makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang.

Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah kita mestilah memakan cukup protien semasa berdiet. Cukup protien disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. Maka bolehlah buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing. Contohnya: 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka, 1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur. Namun begitu jika anda merasakan  4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya 8 skup juga. Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur (2 skup).

Saya sangat menekankan perkara ini kerana sekiranya anda berdiet dan berat badan anda masih turun tetapi anda tidak memakan cukup protien maka ini akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada badan anda. Kesan yang pertama adalah apabila anda turun berat badan nanti maka kulit ada tidak cukup tegang, kendur dan nampak cengkung. Sekiranya cukup memakan protien maka kulit anda akan nampak lebih tegang, tidak kendur, sihat serta warna kulit sepatutnya nampak lebih cantik. Kesan kedua adalah apabila tidak cukup memakan protien maka apabila anda turun berat badan, tisu badan atau lean mass anda tidak dilindungi dan jika anda berhenti berdiet nanti maka lemak akan lebih cepat terkumpul dan anda akan mengalami kesan berat naik mendadak seperti program diet yang memakan ubat-ubat diet yang ada dipasaran. Sekiranya tisu badan atau lean mass anda dilindungi dengan memakan protien yang cukup maka anda tidak akan mengalami masalah berat naik mendadak ini.

Itu sebabnya saya tidak menggalakkan samada alasan anda berpuasa atau malas atau akal terlalu bijak hendak menjimatkan duit maka anda tidak mengambil SD2 seperti yang sepatutnya iaitu 2 skup 4 kali sehari. Sekiranya anda hanya ingin menjalani fasa pengekalan atau maintenance, maka tidak perlu mengambil SD2 tetapi cuma menjaga kadar karbohidrat yang anda boleh ambil atau dipanggil Critical Carbohydrate Level of Maintainence (CCLM) yang selalunya lebihkurang 100g sehari. Tetapi apabila anda masih mengambil SD2, maka makanlah cara yang betul supaya anda tidak mengalami kesan sampingan yang tidak baik yang saya ceritakan sebelum ini.
 
Semuga puasa anda diberkati disamping beribadah dengan cara yang sihat.

Senaman Ketika Berdiet

Thursday 16 June 2011

Disamping cara pemakanan yang baru, sebenarnya adalah satu kemestian untuk menjadikan fizikal aktiviti sebagai salahsatu  aktiviti harian untuk penurunan berat badan yang lebih berkesan ketika berdiet SDII.

Adalah satu kekeliruan jika anda mengatakan sudah cukup menjaga pemakanan sahaja dan tidak perlu bersenam ketika berdiet SDII. Ini tidak betul. Senaman adalah salahsatu bahagian yang penting ketika berdiet SDII dan anda tidak boleh mengendahkannya.

Bersenam setiap hari akan:
  • Meningkatkan pembakaran lemak dan penurunan berat badan
  • Mengemaskan (tone) dan memperkuatkan otot anda
  • Membantu menegangkan kulit apabila lemak dibawah kulit dibakar
  • Menjaga kadar tenaga yang sentiasa tinggi
  • Membantu anda untuk tidur nyenyak
  • Menambah baik mood anda
  • Mengurangkan risiko kecederaan
  • Menghindari  penyakit diabetis, penyakit jantung, strok, kanser dan segala penyakit berbahaya diluar sana
  • Membantu mengekalkan berat tulang serta mengurangkan risiko osteoperosis untuk lelaki ataupun perempuan
Pada tahap ini, fokus utama anda mungkin hanya untuk menafaat nombor satu: meningkatkan pembakaran lemak dan penurunan berat badan. Namun begitu, akhirnya anda akan dapat merasakan menafaat baik yang lain.

Buat masa ini, kita akan cuba fahami dulu  bagaimana senaman akan menjadi pelengkap kapada program pemakanan SDII yang akan menurunkan berat badan anda dengan lebih segera.

Sokongan Berdiet

Sokongan Moral Untuk Berdiet – Dari Penghalang Kepada Penyokong

 
Sokongan moral yang kuat adalah sangat diperlukan apabila anda berdiet. Inilah adalah beberapa saranan untuk menangani kawan-kawan atau keluarga terdekat samada sengaja atau dengan tidak sengaja memperlekehkan matlamat atau keazaman anda untuk menurunkan berat badan. Apabila anda mengistiharkan kepada kawan-kawan atau keluarga terdekat yang anda ingin menurunkan berat badan, besar kemungkinan salah seorang dari ahli kumpulan ini akan cuba memujuk anda untuk tidak melakukannya. Mereka adalah diantara orang-orang penting didalam hidup anda, tetapi malangnya mereka juga cuba memperlekehkan keputusan anda.

Banyak saya menerima maklumbalas tentang orang-orang terdekat yang sengaja mengejek cara pemakanan anda dan ada juga yang sengaja menguja diri anda dengan jenis-jenis makanan yang dia tahu anda tidak boleh makan. Apakah sebenarnya tujuan mereka berbuat begitu ? Bagaimana anda boleh merubah mereka dari seorang penghalang kejayaan anda kepada seorang yang menyokong matlamat anda yang murni untuk menjadi lebih sihat ? Ini adalah beberapa panduan untuk membaca maksud sebenar disebalik perkataan mereka dan bagaimana cara untuk menjawab mereka dengan sebaik mungkin.

Apa Yang Mereka Kata, Apa Maksud Mereka Sebenarnya

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk melihat disebalik perkataan-perkataan orang yang kurang menyokong anda diatas sebab-sebab yang tidak mereka dapat luahkan dengan sebenar. Apabila anda faham sebab tersembunyi atau apa maksud mereka yang tersirat, maka anda boleh memberikan reaksi dan jawapan yang baik untuk mereka faham dan hormat akan keputusan anda. Dibawah ini adalah beberapa contoh:

Apa mereka kata: Keadaan anda sudah cukup memuaskan. Kenapa perlu anda berdiet ?
Apa maksud sebenar mereka: Jika anda bukan lagi orang yang sama yang mengalami masalah berat badan yang sudah lama saya kenali, maka ia akan mengancam perhubungan kita dan menyebabkan saya rasa tidak selesa.
Apa jawapan anda: Saya tahu saya perlu untuk menurunkan berat badan saya untuk memperbaiki kesihatan, perasaan dan perwatakan saya. Saya memang berazam untuk melakukannnya dan saya rasa saya patut mendapat sokongan anda.

Apa mereka kata: Tidak ada sesiapa boleh berhenti makan karbohidrat terutamanya nasi. Program diet ini terlalu ketat dan menyusahkan.
Apa maksud sebenar mereka: Anda tidak pernah berjaya melakukan apa-apa program diet yang lain sebelum ini. Kenapa saya fikir anda akan berjaya dengan program diet SD2 pula ?
Apa jawapan anda: Saya telah mendalami serta memahami program ini secara terperinci dan apa yang telah saya pelajari meyakinkan saya bahawa inilah adalah program yang amat mudah jika dibandingkan dengan program-program diet yang lain kerana saya tidak perlu berlapar. Sokongan anda akan menyebabkan saya lebih berjaya.

Apa mereka kata: Anda telah gagal dengan setiap program diet yang anda cuba sebelum ini. Kenapa perlu bersusah dan mencuba program diet SD2 ini pula ?
Apa maksud sebenar mereka: Perkara ini akan berlaku sekali lagi. Saya terpaksa mendengar sekali lagi tentang program diet yang memang akan gagal juga akhirnya. Saya sudah penat untuk memberi sokongan dan lepas itu memerhatikan anda bersedih kerana gagal.
Apa jawapan anda: Betul, saya pernah gagal sebelum ini tetapi saya tetap berazam untuk berjaya kali ini. Sekiranya anda tidak dapat memberikan sokongan akan keputusan saya, sekurang-kurangnya janganlah merendahkan atau melemahkan semangat saya untuk satu usaha yang baik.

Apa mereka kata: Melakukan diet SD2 tidak sihat kerana anda tidak cukup makanan karbohidrat
Apa maksud sebenar mereka: Saya belum faham akan bagaimanakah cara program SD2 dapat menurunkan berat badan
Apa jawapan anda: Saya telah menyelidik serta menyelami program ini dengan mendalam dan program ini sebenarnya dapat memperbaiki kesihatan kita kerana kita bukan mengambil ubat-ubatan untuk menurunkan berat badan tetapi cukup dengan menjaga pemakanan dengan betul supaya pembakaran lemak berlaku dengan semulajadi. Anda akan menyokong saya jika sekiranya anda faham akan cara diet yang sihat ini.

Ini adalah diantara contoh-contoh situasi yang anda lalui dan bagaimanakah cara yang baik untuk menjawab tentangan sahabat handai dan cuba dapatkan sokongan mereka dengan sepenuhnya. Adalah sangat beruntung jika anda dapat sama-sama berdiet dengan teman rapat anda kerana ianya amat memudahkan sekiranya dapat berkongsi cara pemakanan yang sama. Didalam perjalanan ini, saya pernah berjumpa Ravi dari Kuala Selangor yang bekerja sebagai dispatcher sahaja tetapi sanggup mengumpulkan duit selama beberapa bulan dan membelikan SD2 untuk isterinya yang perlu menurunkan berat badan sebanyak 47 kg. Dia pernah membelanjakan lebih dari RM2,000 untuk isterinya sebelum ini tetapi masih tidak berjaya. Sekiranya anda mendapat sokongan yang penuh dengan kasih sayang seperti ini maka anda tidak boleh gagal dalam usaha menurunkan berat badan.

Sokongan moral yang berterusan juga amat diperlukan dan itulah sebabnya anda digalakkan untuk selalu berkomunikasi dengan kawan-kawan yang sama-sama berdiet seperti didalam Kelab SD2 (facebook) ini. Keraplah berhubung dengan kawan-kawan yang sama-sama berdiet sekiranya anda merasa lemah semangat, tidak ada selera makan atau sudah merasa buntu untuk mencari makanan baru yang anda suka. Kumpulan sokongan (support group) adalah penting untuk anda terus berjaya mengekalkan berat badan yang sempurna dalam jangka panjang. Jika anda memerlukan kumpulan sokongan ketika berdiet maka cubalah di www.facebook.com/newimage.slimdiet2 atau di www.facebook.com/kamarul.nordin