Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Kampung Yang Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) – Bahagian 2

Friday, 22 July 2011

Kampung Yang Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) – Bahagian 2
Kampung Alert Bay Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) Didalam Kajian Selama Setahun
Oleh Lena Sin, Suratkhabar The Province : Ahad, March 16,2008

Lokasi kampung Alert Bay sebenarnya terletak di Cormorant Island, yang juga terletak di timur laut Vancouver Island. Ia adalah kawasan rumah orang asli ‘Namgis First Nation, yang juga kampung asal bagi Andrea Cranmer, yang membesar dipulau tersebut sebagai seorang kanak-kanak yang kurus dan cergas. Apabila dia sudah berumur, maka ukurlilit pinggangnya juga meningkat. Begitu juga dengan dua orang lagi kakaknya tetapi tidak seorangpun berkata apa-apa apabila mereka mula pergi membeli belah di kedai pakaian yang bersaiz besar.

“Ia adalah seumpama kami tidak menerima akan masalah berat badan kami,” kata Cranmer, 41 tahun. Diet sebelum ini tidak pernah berkesan langsung tetapi Cranmer, kakak-kakaknya serta ibu mereka juga sanggup mencuba apabila Wortman datang kekampung tersebut untuk mencari perserta diet.  Keluarga tersebut agak tergugat juga kerana terpaksa membuang segala jenis makanan bergula serta berkanji tetapi boleh memakan makanan berlemak. Mereka mengikut jenis makanan nenek moyang mereka termasuk ikan salmon yang dimasak dengan dapur api yang terbuka, yang diperap dengan minyak ikan eulachon.

Mereka juga memakan makanan penduduk asli pendalaman seperti rusa, elk salai dengan kobis bunga. Pada waktu Krismas, makcik Cranmer menyumbat ayam belanda dengan hirisan babi daripada roti. “Mungkin bunyinya tidak menarik tetapi rasanya memang enak, “ katanya lagi.

“Apabila kami keluar dari kawasan pulau, orang selalunya berhenti di Port McNeil untuk mengisi minyak dan masuk kedalam kedai untuk membeli bekal makanan bagi 2 jam perjalanan seterusnya ke Campbell River. Tabiat mereka selalunya membeli gula, potato chips dan minuman bergas,” kata Cranmer. “Kami terpaksa berjuang untuk tidak melakukannya. Apabila kami masuk kekedai,  pilihan kami adalah sebungkus makanan kulit babi, pepperoni sticks dan sesetengah dari kami membeli air dan air diet bergas. Makanan dari kulit babi tersebut menyelamatkan diet kami kerana kita hidup didunia yang moden.”
Apabila kembali semula ke Alert Bay,  kedai makan yang popular iaitu Bill’s Cafe dan dewan pool, kebetulan pula dipunyai oleh ketua puak disitu, yang juga terlibat didalam program diet tersebut. Ketuanya terpaksa menyesuaikan menu kafe tersebut dengan menyediakan burger yang dihidangkan tanpa roti dan juga salad tanpa crouton.

Apabila menjelang akhir bulan September 2007, Cranmer telah turun  10 kg dan saiz pula telah turun dari 16 ke 12.  Ibunya Vera Newman, serta kakaknya Donna Cranmer, kehilangan berat dengan jumlah yang sama tetapi kakaknya yang paling tua, Barb telah turun dengan banyak sekali sehingga 24kg.

Diserata pulau tersebut, kejayaan yang serupa telah dikecapi oleh para peserta diet yang julat umur mereka dari 20 tahun keatas sehinggalah ke 71 tahun, yaitu seorang tukang kayu yang telah pencen.  Hanya segolongan yang kecil sahaja yang tidak berjaya untuk meneruskan diet mereka.

Art Dick, yang pada satu masa pernah berat hingga 135kg dan amat benci mengambil insulin untuk penyakit diabetisnya telah berjaya untuk berhenti langsung dari mengambil ubat tersebut. Pegawai RCMP, Art Shaughnessy telah turun 2 lubang pada tali pinggangnya.  Shaughnessy, telah berjaya turun 11 kg yang pada mula lagi berminat sungguh untuk menyertai diet tersebut apabila telah diserang penyakit jangtung yang sederhana pada musim sejuk 2006. Dengan tiga salurdarah yang tersumbat, dia sangat khuatir untuk menyertai diet tinggi lemak dari makanan yang dibolehkan seperti bacon dan cheese.

“Pada mulanya amat mengelirukan, kerana ini bertentangan dengan saranan oleh Heart & Stroke Foundation,” kata pegawai hutan yang berumur 50 tahun itu. Namun begitu pakar jantungnya telah meluluskan diet tersebut dan ia memang berkesan. “ Tenaga saya sangat memeranjatkan. Saya sudah tidak lembab lagi dan saya boleh berjongging setiap hari”.

Walaupun diet rendah karbohidrat sudah mula digemari sejak kebelakangan ini, tidak kurang juga ia menjadi serangan pihak-pihak tertentu yang tidak menyukainya. Canadian Heart & Stroke Foundation, Canadian Diabetes Association dan  Dietitians of Canada tidak  mengesahkan diet ini dengan alasan bahawa kajian ini tidak dilakukan dengan tempoh masa yang mencukupi. Mereka juga mengatakan bahawa adalah mustahil untuk mengharapkan orang meninggalkan makanan berkarbohidrat secara jangka panjang. Masalah kesihatan yang utama juga dibimbangkan kerana dikhuatiri  akan meningkatkan risiko penyakit jantung disebabkan pemakanan lemak yang berlebihan, peningkatan tekanan darah, osteoporosis, gout, batu karang dan sembelit.

American Diabetes Association telah berani memecahkan tradisi dengan mengatakan diet rendah karbohidrat boleh membantu untuk mengawal kencing manis. Wortman percaya ini adalah petunjuk bahawa arus telah mula berubah apabila penyelidikan yang terkumpul termasuk dari kajian yang telah dibuatnya sendiri itu, menunjukkan kebaikan dari segi kesihatan dengan pengawalan gula serta makanan berkanji.

Walaupun kajian Wortman hanya berdasarkan kumpulan orang asli, ada juga mereka-mereka yang berdiet bukan dari penduduk asli yang mendapat keputusan yang sama berkenaan penurunan berat badan. Keputusan dari kajian sebelum ini juga menunjukkan bahawa jenis bangsa atau kaum juga bukanlah faktor penentu tentang bagaimana seseorang bertindakbalas dengan diet mereka.

Laporan hasil kajian Wortman  masih belum selesai tetapi namun demikian perserta di Alert Bay termasuk juga yang tidak menyertai kajian tersebut mengatakan mereka sekarang amat komited dengan cara pemakanan yang baru ini. Barb Cranmer, turun dari 100kg ke 76kg mengatakan bahawa dia tidak akan menengok kebelakang lagi:”Kami tidak mahu membeli belah dikedai-kedai pakaian yang bersaiz besar lagi. Ini bukan agenda kami disini.”

Lena Sin
lsin@png.canwest.com

>> Dari lapuran diatas tidak ada dinyatakan jenis senaman yang dilakukan oleh peserta tetapi saya merasakan bahawa gaya hidup mereka tanpa senaman khusus mungkin secara umumnya sama. Namun begitu cuba kita bayangkan jika mereka mengambil cara makan yang sama dan menambah lagi dengan latihan senaman interval atau latihan berselang-seli yang mempercepatkan lagi pembakaran lemak ketika berdiet. Saya yakin hasilnya akan lebih baik dari ini.

Jika Greg Wadhans boleh turun18kg hanya dengan merubah cara pemakanannya, cuba bayangkan berapa banyakkah lagi dia boleh turun jika dia menambah aktiviti yang membina jisim otot dan menaikkan metabolism badan pada waktu yang sama.

Kita juga harus berhati-hati kerana jenis-jenis makanan yang diambil yang diceritakan oleh penduduk Alert Bay tidak semesti cara pemakanan yang sempurna untuk program diet rendah karbohidrat dan hanya memberikan panduan umum sahaja. Jika anda ingin berdiet rendah karbohidrat dengan betul maka perlulah mendapat penjelasan yang lebih terperinci dari pakar pemakanan yang anda yakini serta boleh dipercayai.

Semuga kita mendapat mencetuskan kefahaman yang baik tentang cara pemakanan serta berdiet rendah karbohidrat ini dari apa yang berlaku di Alert Bay.

0 comments:

Post a Comment