Adakah Anda Termasuk Golongan Yang Berdiet Rendah Lemak Atau Low-Fat ?
Saya tahu bahawa anda sudah biasa mendengar seumur hidup anda serta dimana-mana sahaja orang akan mengatakan untuk anda menjadi sihat, anda haruslah pilih diet rendah lemak atau low-fat. Tidak mustahil doktor anda juga telah menyarankan kepada anda untuk mengelakkan makanan yang kaya dengan kolesterol dan pilih makan cereal daripada makan telur.
Anda mungkin merasa keliru apabila saya mengatakan bahawa untuk kesihatan anda, maka yang disebaliknya adalah lebih baik dan tepat; anda sepatutnya tidak takut kepada makanan yang mengandungi lemak semulajadi seperti susu, butter dan cheese dan anda tidak sepatutnya mengambil apa-apa makanan langsung yang mengandungi label ‘bebas lemak’ atau ‘rendah lemak’.
Satu saranan yang bertentangan dengan kesukaan ramai memang susah untuk diterima dan akan membuat anda merasa bingung. Memang perasaan begitu bukan hanya dirasakan anda seorang dan tulisan saya ini bukan untuk mengelirukan anda tetapi sebenarnya untuk membantu anda dengan kefahaman yang sebenar.
Kita sebenarnya kerap didedahkan dengan penipuan, salah taggapan, dan cerita dongeng berkenaan fakta pemakanan. Saya banyak kali menerima maklum balas dimana orang akan mengatakan kenapa doktor saya tidak pernah memberikan maklumat seperti ini tetapi disebaliknya ? Saya telah bertanya kepada rakan-rakan doktor saya dan sebenarnya kata mereka kebanyakan mereka melalui fasa sekolah perubatan tanpa melalui satu kertas pun tentang nutrisi.
Oleh kerana tidak cukup pendidikan serta pendedahan tentang pemakanan ini, maka kebanyakan doktor akan hanya mengikut panduan umum, yang mana banyak dipengaruhi oleh syarikat industri pemakanan dan para pelobi mereka. Doktor pada waktu ini hanya mempunyai sedikit masa dengan pesakit mereka dan mereka telah dilatih untuk mengubat pesakit dengan ubat-ubatan dan bukan dengan pemakanan. Malah lebih teruk lagi setiap hari mereka telah didedahkan oleh propaganda oleh syarikat-syarikat famasi untuk melariskan ubat-ubat mereka.
Sakit kencing manis ? Makan ubat. Terlebih berat atau obese ? Makan ubat. Kemurungan atau stress ? Makan ubat. Saya kerapkali berjumpa orang-orang yang ingin berdiet dan mereka kata mereka pernah berdiet dengan cara memakan ubat-ubat diet seperti Duramin yang banyak kesan sampingan yang buruk dimana preskripsinya diberikan oleh doktor-doktor mereka juga.
Doktor kebanyakannya pada waktu ini menyelesaikan segala masalah anda hanya dengan ubat-ubatan yang mereka tahu ada kesan sampingannya. Mereka tidak dilatih untuk melihat penyakit dengan merawat punca penyakit tersebut. Sebenarnya jika doktor anda dapat meruangkan masa untuk melihat kadar insulin, hormone tumbesaran, thyroid, estrogen, progesterone dan tostesteron, disebalik hanya merawat simtom atau tanda-tanda penyakit itu sahaja; maka mereka akan faham bahawa banyak masalah kesihatan boleh dirawat hanya dengan membetulkan serta menjaga pemakanan anda atau mengatur semula hormone anda keparas yang normal.
Memang ubat anda keperluannya tersendiri tetapi ubat tidak boleh menjadi ganti kepada diet yang betul dan sihat. Jangan salah anggap bahawa tulisan ini dibuat bukanlah untuk menyerang doktor-doktor atau rakan-rakan yang bekerja didalam industri kesihatan; tetapi saya sudah merasa tepu dan penat dengan jawapan kebanyakan orangramai dan hanya untuk membetulkan persepsi mereka yang tidak mahu bertanggungjawab serta mengambil berat untuk mendapat kefahaman yang betul tentang pemakanan mereka sendiri dan asyik mengatakan alasan bahawa doktor mereka tidak pernah memberitahu mereka akan maklumat-maklumat yang sepatutnya untuk menjaga kesihatan mereka sendiri.
Jika ada ruang nanti saya akan sambung lagi untuk menerangkan kenapa makanan-makanan yang dilebel ‘low-fat’ atau rendah lemak sebenarnya tidak baik untuk kesihatan anda dan kenapa makanan yang mempunyai lemak yang baik memang diperlukan untuk tubuh badan kita terutama sekali apabila kita sedang berdiet.
0 comments:
Post a Comment