Tidak ada satu orang pun didalam dunia ini yang melalui proses penurunkan berat badan yang tidak menghadapi langsung perkara ini. Kita kena faham bahawa ini sebenarnya adalah perkara yang semulajadi yang akan berlaku bila kita ingin menurunkan berat badan.
Fikirkan perkara ini sebagai satu cara badan kita ingin menyesuaikan diri dengan gayahidup yang baru, seperti butang reset kepada sebuah thermostat. Plateas atau penurunan berat yang perlahan boleh berlaku disebabkan bermacam-macam perkara tetapi yang lebih penting adalah apabila ianya terjadi dan akan berlaku kepada anda; adakah anda cukup bersedia dan dapat menghadapinya dengan baik supaya anda tidak terhumban terus dari diet yang sedang anda lakukan.
Oleh itu apabila anda mula berdiet, adalah sangat penting dan pastikan yang anda akan dapat bantuan serta nasihat yang betul sebagai persediaan kita berdiet serta dalam fasa-fasa berdiet selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment