Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Jangan Tinggalkan Resolusi Kesihatan Serta Kesejahteraan Tubuh Badan Untuk Resolusi Tahun Baru Anda !

Thursday 27 December 2012


Menjelang kita menunggu kedatangan tahun baru 2013, sepertimana tahun-tahun yang lepas, ini juga adalah masa yang terbaik untuk menguatkan keazaman kita kearah gaya hidup yang lebih baik,  kesihatan serta kesejahteraan tubuh badan dengan diet yang lebih sihat.  Sepatutnya pada tahap ini kita sudah lebih memahami bahawa pemilihan untuk berdiet serta untuk mencapai tahap berat badan yang ideal bukanlah satu program jangka pendek. Sesiapa yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka ketahap berat idamanl pada tahun ini saya mengucapkan tahniah diatas kejayaan anda. Namun demikian anda harus faham bahawa proses penurunan berat badan sebenarnya adalah proses yang mudah dan proses yang paling mencabar lagi adalah mengekalkan berat idaman yang telah anda capai itu sepanjang hayat. Bolehkah anda berjaya didalam fasa berdiet yang terakhir ini ?

Apapun keperluan serta resolusi tahun baru anda, pada kali ini jangan tinggalkan resolusi untuk mencapai kehidupan yang lebih sihat untuk anda sekeluarga. Untuk berjaya pada tahun 2013 nanti bukan hanya setakat keazaman yang kuat tetapi buatlah pelan serta strategi yang beransur-ansur untuk anda faham tentang keperluan kesihatan serta memilih makanan yang lebih sihat,carilah hobi bersukan serta jadikan senaman sebagai rutin harian. Tinggalkanlah tabiat-tabiat buruk yang lain seperti merokok, serta pilihan makanan dan minuman yang tidak baik yang menjejaskan kesihatan, merosakkan hormon dan menyebabkan berat badan anda naik semula.Adakah anda memilih untuk menjadi orang yang makan untuk hidup atau hidup untuk makan ? Buatlah pilihan yang betul kerana kesejahteraan tubuh badan juga akan membantu kepada kesejahteraan mental, emosi serta spiritual yang lebih tinggi.

Apapun keperluan yang anda pilih untuk kebaikan diri anda, saya mendoakan supaya anda dan semua rakan-rakan kesihatan fb menjadikan tahun 2013 sebagai tahun yang lebih  sihat untuk diri dan keluarga kita. Jadikanlah diri kita lebih komited terhadap pemilihan kesihatan yang lebih baik dan minda kita sentiasa diolah dengan cara berfikir orang sihat.

Sekali lagi saya mengucapkan selamat menyambut tahun 2013 sebagai tahun yang lebih baik untuk kesihatan anda !

Program Latihan Kesedaran Kesihatan ALSD2 dibulan Syawal

Sunday 26 August 2012

TEMPAT: NEW IMAGE MIDVALLEY OFFICE, KL
TARIKH : Sabtu 8hb September, 2012 
FASILITATOR : KAMARUL NORDIN

UNTUK PENDAFTARAN ATAU PERTANYAAN SILA HUBUNGI
PN HAZURA HASHIM BANI
www.facebook.com/hazurahb
H/P: 019-319 7976

Selamat Hari Raya, Eid Mubarak & Maaf Zahir Batin


Adakah Ketosis & Ketone yang dihasilkannya sangat membahayakan kesihatan badan anda ketika berdiet ALSD2 ? (PART 3 – Akhir )

Monday 6 August 2012


Sekarang mari kita fahamkan apakah perbezaan ketosis & ketoasidosis.
Ketosidosis ada keadaan yang berlaku kepada  orang yang berpenyakit kecing manis jenis 1. Dalam keadaan ini orang tersebut memang memakan karbohidrat seperti biasa tetapi malangnya mereka tidak dapat menggunakan glokus yang terhasil dari makanan mereka.  Ini adalah kerana orang yang berpenyaki kencing manis jenis 1 ini tidak boleh menghasilkan hormone insulin untuk menghantar glokus tersebut ke sel-sel badan.
Didalam keadaan yang biasa, insulin adalah yang bertanggung jawab untuk menstabilkan glokus yang berlebihan didalam darah selepas makan dengan menghantar glokus kepada sel-sel badan. Apakah yang akan berlaku jika sel-sel badan tidak mendapat glokus ? Apabila ini berlaku badan akan melonjak kedalam ketosis dan menguraikan lemak yang disimpan didalam badan. Keadaan ketoasidosis ini adalah amat berbahaya disebabkan keadaan gula darah yang sentiasa tinggi dan tidak dapat dikawal kerana ketiadaan insulin.
Selepas bertahun-tahun didalam keadaan gula darah yang tinggi, seseorang yang berpenyakit kencing manis jenis 1 ini boleh membentuk gejala penyakit kerana badan terlalu berasid dan menyebabkan kekurangan daya penglihatan atau hilang upaya anggota badan yang lain. Pesakit seperti ini memerlukan suntikan insulin sepanjang hayat mereka.
Ketosis pula adalah satu cerita lain yang amat berbeza. Keadaan ini disebabkan oleh situasi yang orang berdiet rendah karbohidrat menamakannya sebagai ‘kelebihan metabolik’ atau ‘metabolic advantage’. Adakah anda masih ingat dimana keto tidak boleh disimpan dan dikeluarkan melalui air kencing sekiranya tidak digunakan. Keadaan insulin yang rendah adalah diperlukan untuk pembakaran lemak didalam badan ini dan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas adalah diperlukan apabila kita memakan karbohidrat.
Perkara yang menyebabkan pendiet rendah karbohidrat tidak menunjukkan gejala-gejala penyakit yang tidak elok seperti pesakit kencing manis jenis 1 ini adalah kerana orang yang memakan rendah karbohidrat tidak mengalami keadaan gula darah yang tinggi secara berpanjangan. Memang betul mereka memakan makan rendah karbohidrat dan pemakanan yang rendah karbohidrat inilah yang sangat berkesan untuk mengawal kadar insulin yang memang masih boleh dikeluarkan oleh pankreas mereka.
Sebenarnya anda perlu faham bahawa kesan sampingan penyakit kencing manis yang berbahaya tersebut bukan disebabkan oleh pengeluaran ketone tetapi ianya disebabkan oleh keadaan badan yang terlalu berasid disebabkan oleh gula darah yang tinggi secara berpanjangan.
Banyak orang selalu tersalah anggap bahawa kedua-dua keadaan tersebut adalah berbahaya kerana kedua-duanya terlibat didalam pengeluaran ketone didalam badan namun begitu, punca yang sebenarnya ialah kadar gula yang tinggi didalam darah pesakit kencing manis tersebutlah yang akan menimbulkan gejala penyakit berbahaya untuk tubuh badan kita.
Memahami perbezaan yang kritikal diantara ketoasidosis dan juga ketosis adalah penting untuk membentuk kefahaman yang betul untuk kita memahami proses metabolism badan.
Adakah anda sudah boleh menjawab dakwaan orang yang mengatakan bahawa Ketosis & Ketone yang dihasilkannya  sangat  membahayakan kesihatan badan anda ketika berdiet ALSD2 ?

Adakah Ketosis & Ketone yang dihasilkannya sangat membahayakan kesihatan badan anda ketika berdiet ALSD2 ? (PART 2)

Saturday 4 August 2012


Kunci  jawapan kepada isu ini adalah kita kena betul-betul faham akan perbezaan maksud ketosis dan ketoasidosis.

Sebenarnya  tentang masalah ini bukan semua orang betul-betul faham apakah maksud ketosis dan selalu mencampuradukkan  dengan masalah yang lain iaitu ketoasidosis.

Ketosis dan ketoasidosis adalah dua keadaan yang sangat  berkaitan dengan metabolism badan dan juga kadar gula didalam darah. Orang ramai termasuk sesetengah pakar kesihatan juga selalu membuat kesilapan dengan mencampuradukkan keduanya sebagai satu isu yang sama yang menyebabkan banyak keraguan and fitnah yang disebarkan terhadap diet rendah karbohidrat seperti ALSD2 ini.

Apabila kita faham tentang perbezaan dua keadaan yang berbeza ini maka kita akan lebih faham dan pandai menjawab bahawa perkara ini bukanlah sama dan banyak perbezaannya. Dalam satu keadaan adalah pada orang yang berdiet rendah karbohidrat dan satu keadaan lagi adalah pada orang yang sedang mengalami kencing manis jenis 1.

Terdapat beberapa persamaan untuk kedua-dua proses ini yang menyebabkan orang selalu silap faham tentangnya. Kedua-dua keadaan ketosis dan ketoasidosis adalah keadaan dimana  lemak boleh dibakar dengan banyak dan diuraikan untuk tenaga dan menghasilkan produk sampingan yang dipanggil ketone. Ketone ini boleh tersebar keseluruh tubuh dan digunakan oleh sel-sel  badan sebagai sumber tenaga alternatif selain glukos.

Oleh kerana ketone tidak boleh disimpan lama bagi kegunaan kemudian hari,  maka ia akan dibuang melalui air kencing jika tidak digunakan pada masa itu.  Proses penguraian lemak ini sentiasa berlaku didalam tubuh kita akan tetapi apabila kita mengesan jumlah ketone yang tinggi melalui air kencing (melalui alat ketostix) maka keadaan ini mungkin juga boleh disebabkan oleh situasi ketosis ataupun ketoasidosis.

Pada topik yang selanjutnya kita akan lihat apakah perbezaan yang ketara mengenai kedua-dua perkara ini dan mengapakah orang selalu tersilap faham dan mengatakan ketosis & ketone ini tak sihat untuk tubuh.

Adakah Ketosis & Ketone yang dihasilkannya sangat membahayakan kesihatan badan anda ketika berdiet ALSD2 ? (PART 1)

Wednesday 1 August 2012


Sejak kebelakangan ini, saya kerap pula dapat soalan-soalan seperti ini dan sangat  suka kerana soalan-soalan seperti ini menunjukkan orang yang berdiet rendah karbohidrat seperti pendiet ALSD2 sudah mula pandai dan ingin memahami lebih mendalam lagi tentang kesihatan dan pemakanan mereka.  

Namun begitu, soalan seperti ini juga membuka satu kefahaman baru bagi kita bahawa banyak pakar-pakar industri kesihatan berbeza pendapat atau menunjukkan mereka tidak faham apakah sebenarnya proses yang dinamakan KETOSSIS tersebut dan terlalu cepat membuat kesimpulan bahawa orang yang berdiet rendah karbohidrat seperti ALSD2 ini telah tersilap langkah dalam pemakanan serta membahayakan kesihatan mereka.

Ini adalah satu contoh soalan yang saya baru ditanya oleh beberapa pendiet ALSD2 yang maklumat ini di ambil dari WebMD sendiri dan anda boleh refer maklumat tersebut dirantaian  ini http://women.webmd.com/guide/high-protein-low-carbohydrate-diets

Mereka mengatakan bahawa bahawa orang yang berdiet rendah karbohidrat akan menyebabkan badan kita memasuki satu keadaan metabolisma yang sangat membahayakan yang dipanggil KETOSIS disebabkan badan anda sudah mula membakar lemak untuk tenaga sebagai ganti membakar glukos untuk tenaga. Semasa ketosis badan anda akan menghasilkan ketone yang akan menyebabkan organ dalaman kita akan rosak serta terlalu berasid dan menyebabkan anda akan mengidapi penyakit gaut, kidney stone dan juga kerosakan buah pinggang. Ketone juga akan merosakkan selera makan, merasa nak muntah dan bau mulut yang busuk.

Banyak lagi yang saya pernah jumpa orang yang bertentangan pendapat tentang berdiet rendah karbohidrat ini memberikan segala jenis penyakit didalam dunia ini yang boleh difikirkan mereka yang disebabkan oleh pemakanan rendah karbohidrat. Yang menjadi tandatanya saya kenapa pula tidak ada orang yang bersungguh-sungguh ingin menyatakan apakah kesan sampingan yang kita dapati apabila mengambil karbohidrat & gula terlalu tinggi sepanjang hayat kita.

Sebelum kita pergi kepada topik yang lebih jauh atau lari dari tajuk asal, soalan saya apakah pendapat anda tentang proses ketosis ini ? Adakah ketosis dan ketone membahayakan kesihatan anda ? Apakah kita sudah faham diet ini dengan betul atau kita cepat terganggu dengan beberapa pendapat yang berbeza tentang KETOSIS & KETONE ini ?

Apakah pendapat & pendirian anda sebelum saya masuk ke bahagian kedua topik ini ?

Bolehkah Saya Berdiet ALSD2 Jika Saya Berpenyakit Gallstones (Batu Karang Didalam Hempedu) ?

Sunday 29 July 2012


Kajian saintifik sebenarnya menunjukkan masalah batu karang didalam hempedu terjadi apabila kita mengambil terlalu rendah lemak (fat) didalam pemakanan kita. (Berhati-hati jika anda seorang pendiet low fat !) Hempedu kita perlu sentiasa aktif untuk bekerja bagi menghuraikan lemak didalam makanan.

Memakan lemak akan menyebabkan hempedu kita sentiasa bekerja, juga akan menyebabkan fungsi pengecutan (contraction) untuk berfungsi dengan baik. Sebenarnya hempedu tidak ada fungsi pengecutan ini jika kita tidak memakan apa-apa jenis lemak langsung. (Sudahkan anda faham salahsatu sebab kenapa anda mengambil minyak zaitun ?)

Sekiranya hempedu  tidak berfungsi untuk memproses lemak makanan, garam hempedu akan mengeras menjadi batu karang. Namun begitu, orang yang memang sudah berpenyakit batu karang didalam hempedu memang menghadapi masalah sekiranya mengambil makanan yang berlemak.

Bagi orang yang menghadapi masalah ini boleh mencuba berdiet SD2 tetapi harus menjaga pemakanan yang rendah lemak. Untuk ini, makanlah ikan, ayam, daging tanpa lemak, cheese yang rendah lemak (secara sederhana) dan perlu mengambil banyak sayur-sayuran. Anda harus menjauhi salad dressing yang berkrim, segala jenis kekacang, segala jenis makanan bergoreng dan segala jenis makanan yang diproses seperti sosej atau daging burger.

Jagalah pemakanan berdiet ini dengan betul dan anda harus faham bahawa sebagai orang yang berpenyakit, penurunan berat anda memang lebih perlahan dari orang lain.

Booklet Panduan Mudah & Ringkas Berdiet SDII

Monday 23 July 2012

Comments from Rozi Slimdiet:

stok buku panduan lengkap & ringkas berdiet alpha lipid sdll sudah ada...dah baca buku ni. memang tip top info. mesti dimiliki. B-)



Comments from  Mohd Asri Baharain:
saya suka rekomen pada sahabt sume, guna buku panduan En Kamarul sbb sume lengkap & padat info...harap2 tak de leh bab cilok mencilok karya En Kamarul. 

Sesiapa yg berminat booklet tulisan saya ini boleh hubungi yati 0192790103 facebook.com/atidee3

Berapakah Kandungan Karbohidrat Pada Keropok Lekor ?


Latihan Kesedaran Kesihatan ALSD2 Untuk Warga JB & Kwsn Berhampiran

Sunday 1 July 2012


Utk Pendaftaran Hubungi:
Wan Masri Haida
019-8848843
facebook.com/wmhaida

Latihan Kesedaran Kesihatan ALSD2

Sunday 17 June 2012

Untuk Pendaftaran & Pertanyaan Lanjut
Sila Hubungi:
Norhayati Samsudin
019 279 0103
www.facebook.com/atidee3

Jadilah Pengguna Yang Bijak (9) - Jangan Membeli Produk Yang Mengandungi Pemanis Tiruan

Sunday 15 April 2012

Pemanis tiruan selalunya terdapat didalam minuman diet bergas atau soda, gula-gula, ataupun makanan jenis rendah karbohidrat yang lain yang sememangnya juga rendah kalori tetapi ketahuilah sebenarnya ia adalah lebih merbahaya dari gula.

Banyak penyelidikan telah dibuat pada haiwan menunjukkan  bahawa pemanis tiruan adalah punca kepada kenaikkan berat badan yang lebih teruk dari gula. Nutrasweet dan Equal sememangnya mengandungi aspartame. Apabila dimakan, salahsatu dari bahan kandungan aspartame iaitu methyl alcohol akan berubah menjadi formaldehyde adalah merupakan racun neurotoxin yang sangat berbahaya. Aspartame juga telah menyebabkan penyakit kanser pada tikus.

Sweet’N Low juga tidak kurang hebatnya.  Ia mengandungi bahan arang tar yang pada asalnya dibuat untuk membunuh semut.  Pemanis tiruan akan menyebabkan badan anda ketagih gula dan juga menjadi terlalu berasid. Anda kena faham bahawa sel-sel kanser terbentuk dan merebak dengan cepat didalam keadaan yang terlalu berasid.
Sekiranya anda berdiet, keadaan terlalu berasid ini juga menyebabkan penurunan berat badan anda menjadi perlahan atau sekata (plateau).

Saya tidak menyarankan anda mengambil apa sahaja jenis pemanis tiruan samada anda berdiet atau tidak.

Berapakah Kandungan Karbohidrat Pada Sotong ?

Monday 9 April 2012

Ada pertanyaan semasa program latihan SDII di Wisma Getah Asli semalam tentang berapakah kandungan karbohidrat pada sotong ?


Sotong adalah salahsatu makanan laut yang anda tidak perlu khuatir tentang kandungan karbohidratnya. Melainkan anda berpenyakit gout maka kita perlu programkan cara pemakanan lain yang sesuai untuk anda ketika berdiet.

Booklet Panduan Mudah & Ringkas Berdiet SDII

Tuesday 3 April 2012

Kini Sudah Terbit ! Dapatkan Segera !

Booklet Panduan Mudah & Ringkas Berdiet SDII oleh Kamarul Nordin (32 mukasurat , A5)










Diantara Kandungan Yang Penting:-
  • Apakah dia PSMF
  • Bagaimana SDII berfungsi membakar lemak
  • Apakah kesan sampingan diet SDII
  • Pra-kelayakan untuk berdiet SDII
  • Cara-cara pengambilan SDII
  • Peraturan penting ketika berdiet
  • Pantang larang berdiet
  • Senarai pengiraan karbohidrat makanan
  • Minum air cukup
  • Suplemen tambahan ketika berdiet
  • Ujian air kencing / ketone sticks
  • Menu cadangan
  • Berhati-hati karbohidrat tersembunyi
  • 10 amalan harian SDII
  • Fasa-fasa berdiet SDII
  • 15 peraturan untuk pengekalan berat badan
  • Kajiselidik profile kesihatan

Harga senaskah RM5.00, RM4.50 untuk pesanan 100 keping ketas
(Tidak termasuk kos penghantaran)

Untuk pesanan booklet ini, sila hubungi Norhayati Samsudin 019 279 0103
http://www.facebook.com/atidee3

Jadilah Pengguna Yang Bijak (8) - Jangan Mengambil Produk Yang Mengandungi Rempah (Spices) Yang Tidak Jelas Namanya

Sunday 11 March 2012

Apabila pengguna yang kurang bijak melihat perkataan  bahawa makanan tersebut mengandungi rempah (spices) pada tulisan halus  kandungan  atau nutrisi makanan tersebut, dia mungkin akan terasa teruja untuk mencubanya. Dia mungkin percaya bahawa makanan tersebut mempunyai perbagai rasa semulajadi yang baik dan elok untuk kesihatan.

Namun begitu anda perlu faham bahawa terdapat banyak bahan kimia yang terdapat pada makanan yang diproses sebenarnya boleh dikategorikan sebagai rempah ratus (spices) oleh sesetengah undang-undang pemakanan sesuatu negara tersebut.

Sebenarnya bahan ini bukanlah rempah yang semulajadi dan ia adalah sebenarnya bahan kimia buatan manusia. Jika bahan tersebut mengandungi bawang putih, lada hitam atau rempah ratus lain yang sebenar maka ia akan menyebat nama sebenar rempah tersebut dan bukan setakat menulis rempah atau spices sahaja.

Bahan-bahan inilah yang sebenarnya merosakkan hormone atau mengganggu tidakbalas kimia didalam badan dan menyebabkan badan anda menjadi gemuk dan menjadi susah menurunkan berat badan. 

Sekiranya anda sudah faham maka berhati-hatilah apabila anda pergi membeli-belah pada masa akan datang.

Jadilah Pengguna Yang Bijak (7) - Jangan Mengambil Produk Yang Terhasil Dari Perisa Tiruan Mahupun Semulajadi (Natural And Artificial Flavours)

Monday 2 January 2012


Apabila sesuatu jenis makanan itu mengandungi maklumat seperti ini pada label makanan tersebut, ini sebenarnya bermaksud ia mengandungi bahan kimia. Bahan kimia digunakan sebagai bahan tambahan kepada makanan tersebut untuk memberikan rasa yang hampir semulajadi serta memanjangkan jangkahayat makanan tersebut.

Sebenarnya tiada sesiapun tahu apakah sebenarnya jenis bahan kimia tersebut melainkan pengeluar makanan itu sendiri. Jika anda ingin memasukkannya kedalam mulut anda, maka anda sepatutnya layak mengetahui apakah sebenarnya bahan tersebut. Akan tetapi jika semua orang tahu apakah sebenarnya bahan tersebut maka pihak pengeluar pula akan hilang rahsia dangangan mereka kerana ramai yang akan meniru bahan tersebut. Mereka selalunya memberikan maklumat yang minima sahaja yang diperlukan oleh pihak berkuasa atau gambaran secara umum sahaja untuk melindungi rahsia dagangan mereka yang sebenarnya.

Panduan yang patut kita ikuti adalah dengan menjauhi segala jenis makanan yang berperisa tiruan mahupun semulajadi tambah-tambah lagi apabila ditulis pada label makanan tersebut. Makanan yang semulajadi tidak diperlukan langsung untuk dilabel berperisa semulajadi. Jadilah pengguna yang bijak untuk memilih makanan yang sihat untuk tubuh kita.