Sejak kebelakangan
ini, saya kerap pula dapat soalan-soalan seperti ini dan sangat suka kerana soalan-soalan seperti ini
menunjukkan orang yang berdiet rendah karbohidrat seperti pendiet ALSD2 sudah mula pandai dan ingin
memahami lebih mendalam lagi tentang kesihatan dan pemakanan mereka.
Namun begitu, soalan
seperti ini juga membuka satu kefahaman baru bagi kita bahawa banyak
pakar-pakar industri kesihatan berbeza pendapat atau menunjukkan mereka tidak
faham apakah sebenarnya proses yang dinamakan KETOSSIS tersebut dan terlalu
cepat membuat kesimpulan bahawa orang yang berdiet rendah karbohidrat seperti
ALSD2 ini telah tersilap langkah dalam pemakanan serta membahayakan kesihatan
mereka.
Ini adalah satu contoh
soalan yang saya baru ditanya oleh beberapa pendiet ALSD2 yang maklumat ini di
ambil dari WebMD sendiri dan anda boleh refer maklumat tersebut dirantaian ini http://women.webmd.com/guide/high-protein-low-carbohydrate-diets
Mereka mengatakan
bahawa bahawa orang yang berdiet rendah karbohidrat akan menyebabkan badan kita memasuki satu keadaan metabolisma yang sangat membahayakan yang dipanggil KETOSIS
disebabkan badan anda sudah mula membakar lemak untuk tenaga sebagai ganti
membakar glukos untuk tenaga. Semasa ketosis badan anda akan menghasilkan
ketone yang akan menyebabkan organ dalaman kita akan rosak serta terlalu berasid dan menyebabkan anda
akan mengidapi penyakit gaut, kidney stone dan juga kerosakan buah pinggang.
Ketone juga akan merosakkan selera makan, merasa nak muntah dan bau mulut yang
busuk.
Banyak lagi yang saya
pernah jumpa orang yang bertentangan pendapat tentang berdiet rendah
karbohidrat ini memberikan segala jenis penyakit didalam dunia ini yang boleh
difikirkan mereka yang disebabkan oleh pemakanan rendah karbohidrat. Yang menjadi
tandatanya saya kenapa pula tidak ada orang yang bersungguh-sungguh ingin
menyatakan apakah kesan sampingan yang kita dapati apabila mengambil
karbohidrat & gula terlalu tinggi sepanjang hayat kita.
Sebelum kita pergi
kepada topik yang lebih jauh atau lari dari tajuk asal, soalan saya apakah
pendapat anda tentang proses ketosis ini ? Adakah ketosis dan ketone
membahayakan kesihatan anda ? Apakah kita sudah faham diet ini dengan betul
atau kita cepat terganggu dengan beberapa pendapat yang berbeza tentang KETOSIS
& KETONE ini ?
Apakah pendapat &
pendirian anda sebelum saya masuk ke bahagian kedua topik ini ?
1 comments:
saya tak pula merasa mulut busuk,malah rasa gembira dengan cara diet ni,kerana melatih saya untuk mengetahui pemakanan yang ingin saya makan....
Post a Comment