Kunci jawapan kepada isu ini adalah kita kena
betul-betul faham akan perbezaan maksud ketosis
dan ketoasidosis.
Sebenarnya tentang masalah ini bukan semua orang betul-betul
faham apakah maksud ketosis dan
selalu mencampuradukkan dengan masalah
yang lain iaitu ketoasidosis.
Ketosis
dan ketoasidosis adalah dua keadaan
yang sangat berkaitan dengan metabolism badan
dan juga kadar gula didalam darah. Orang ramai termasuk sesetengah pakar
kesihatan juga selalu membuat kesilapan dengan mencampuradukkan keduanya
sebagai satu isu yang sama yang menyebabkan banyak keraguan and fitnah yang
disebarkan terhadap diet rendah karbohidrat seperti ALSD2 ini.
Apabila kita faham
tentang perbezaan dua keadaan yang berbeza ini maka kita akan lebih faham dan
pandai menjawab bahawa perkara ini bukanlah sama dan banyak perbezaannya. Dalam
satu keadaan adalah pada orang yang berdiet rendah karbohidrat dan satu keadaan lagi adalah pada orang yang
sedang mengalami kencing manis jenis 1.
Terdapat beberapa
persamaan untuk kedua-dua proses ini yang menyebabkan orang selalu silap faham
tentangnya. Kedua-dua keadaan ketosis
dan ketoasidosis adalah keadaan
dimana lemak boleh dibakar dengan banyak
dan diuraikan untuk tenaga dan menghasilkan produk sampingan yang dipanggil
ketone. Ketone ini boleh tersebar keseluruh tubuh dan digunakan oleh sel-sel badan sebagai sumber tenaga alternatif selain
glukos.
Oleh kerana ketone tidak
boleh disimpan lama bagi kegunaan kemudian hari, maka ia akan dibuang melalui air kencing jika
tidak digunakan pada masa itu. Proses penguraian
lemak ini sentiasa berlaku didalam tubuh kita akan tetapi apabila kita mengesan jumlah ketone yang tinggi melalui air kencing (melalui alat ketostix) maka
keadaan ini mungkin juga boleh disebabkan oleh situasi ketosis ataupun ketoasidosis.
Pada topik yang
selanjutnya kita akan lihat apakah perbezaan yang ketara mengenai kedua-dua
perkara ini dan mengapakah orang selalu tersilap faham dan mengatakan ketosis
& ketone ini tak sihat untuk tubuh.
0 comments:
Post a Comment