Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Adakah Ketosis & Ketone yang dihasilkannya sangat membahayakan kesihatan badan anda ketika berdiet ALSD2 ? (PART 1)

Wednesday, 1 August 2012


Sejak kebelakangan ini, saya kerap pula dapat soalan-soalan seperti ini dan sangat  suka kerana soalan-soalan seperti ini menunjukkan orang yang berdiet rendah karbohidrat seperti pendiet ALSD2 sudah mula pandai dan ingin memahami lebih mendalam lagi tentang kesihatan dan pemakanan mereka.  

Namun begitu, soalan seperti ini juga membuka satu kefahaman baru bagi kita bahawa banyak pakar-pakar industri kesihatan berbeza pendapat atau menunjukkan mereka tidak faham apakah sebenarnya proses yang dinamakan KETOSSIS tersebut dan terlalu cepat membuat kesimpulan bahawa orang yang berdiet rendah karbohidrat seperti ALSD2 ini telah tersilap langkah dalam pemakanan serta membahayakan kesihatan mereka.

Ini adalah satu contoh soalan yang saya baru ditanya oleh beberapa pendiet ALSD2 yang maklumat ini di ambil dari WebMD sendiri dan anda boleh refer maklumat tersebut dirantaian  ini http://women.webmd.com/guide/high-protein-low-carbohydrate-diets

Mereka mengatakan bahawa bahawa orang yang berdiet rendah karbohidrat akan menyebabkan badan kita memasuki satu keadaan metabolisma yang sangat membahayakan yang dipanggil KETOSIS disebabkan badan anda sudah mula membakar lemak untuk tenaga sebagai ganti membakar glukos untuk tenaga. Semasa ketosis badan anda akan menghasilkan ketone yang akan menyebabkan organ dalaman kita akan rosak serta terlalu berasid dan menyebabkan anda akan mengidapi penyakit gaut, kidney stone dan juga kerosakan buah pinggang. Ketone juga akan merosakkan selera makan, merasa nak muntah dan bau mulut yang busuk.

Banyak lagi yang saya pernah jumpa orang yang bertentangan pendapat tentang berdiet rendah karbohidrat ini memberikan segala jenis penyakit didalam dunia ini yang boleh difikirkan mereka yang disebabkan oleh pemakanan rendah karbohidrat. Yang menjadi tandatanya saya kenapa pula tidak ada orang yang bersungguh-sungguh ingin menyatakan apakah kesan sampingan yang kita dapati apabila mengambil karbohidrat & gula terlalu tinggi sepanjang hayat kita.

Sebelum kita pergi kepada topik yang lebih jauh atau lari dari tajuk asal, soalan saya apakah pendapat anda tentang proses ketosis ini ? Adakah ketosis dan ketone membahayakan kesihatan anda ? Apakah kita sudah faham diet ini dengan betul atau kita cepat terganggu dengan beberapa pendapat yang berbeza tentang KETOSIS & KETONE ini ?

Apakah pendapat & pendirian anda sebelum saya masuk ke bahagian kedua topik ini ?

1 comments:

Unknown said...

saya tak pula merasa mulut busuk,malah rasa gembira dengan cara diet ni,kerana melatih saya untuk mengetahui pemakanan yang ingin saya makan....

Post a Comment