Kajian
saintifik sebenarnya menunjukkan masalah batu karang didalam hempedu terjadi
apabila kita mengambil terlalu rendah lemak (fat) didalam pemakanan kita. (Berhati-hati jika anda seorang pendiet low
fat !) Hempedu kita perlu sentiasa aktif untuk bekerja bagi menghuraikan
lemak didalam makanan.
Memakan
lemak akan menyebabkan hempedu kita sentiasa bekerja, juga akan menyebabkan
fungsi pengecutan (contraction) untuk berfungsi dengan baik. Sebenarnya hempedu
tidak ada fungsi pengecutan ini jika kita tidak memakan apa-apa jenis lemak
langsung. (Sudahkan anda faham salahsatu
sebab kenapa anda mengambil minyak zaitun ?)
Sekiranya
hempedu tidak berfungsi untuk memproses
lemak makanan, garam hempedu akan mengeras menjadi batu karang. Namun begitu,
orang yang memang sudah berpenyakit batu karang didalam hempedu memang
menghadapi masalah sekiranya mengambil makanan yang berlemak.
Bagi orang yang
menghadapi masalah ini boleh mencuba berdiet SD2 tetapi harus menjaga pemakanan
yang rendah lemak. Untuk ini, makanlah ikan, ayam, daging tanpa lemak, cheese
yang rendah lemak (secara sederhana) dan perlu mengambil banyak sayur-sayuran.
Anda harus menjauhi salad dressing yang berkrim, segala jenis kekacang, segala
jenis makanan bergoreng dan segala jenis makanan yang diproses seperti sosej
atau daging burger.
Jagalah
pemakanan berdiet ini dengan betul dan anda harus faham bahawa sebagai orang
yang berpenyakit, penurunan berat anda memang lebih perlahan dari orang lain.
0 comments:
Post a Comment