Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Program Latihan Kesedaran Kesihatan ALSD2 dibulan Syawal

Sunday, 26 August 2012

TEMPAT: NEW IMAGE MIDVALLEY OFFICE, KL
TARIKH : Sabtu 8hb September, 2012 
FASILITATOR : KAMARUL NORDIN

UNTUK PENDAFTARAN ATAU PERTANYAAN SILA HUBUNGI
PN HAZURA HASHIM BANI
www.facebook.com/hazurahb
H/P: 019-319 7976

Selamat Hari Raya, Eid Mubarak & Maaf Zahir Batin


Adakah Ketosis & Ketone yang dihasilkannya sangat membahayakan kesihatan badan anda ketika berdiet ALSD2 ? (PART 3 – Akhir )

Monday, 6 August 2012


Sekarang mari kita fahamkan apakah perbezaan ketosis & ketoasidosis.
Ketosidosis ada keadaan yang berlaku kepada  orang yang berpenyakit kecing manis jenis 1. Dalam keadaan ini orang tersebut memang memakan karbohidrat seperti biasa tetapi malangnya mereka tidak dapat menggunakan glokus yang terhasil dari makanan mereka.  Ini adalah kerana orang yang berpenyaki kencing manis jenis 1 ini tidak boleh menghasilkan hormone insulin untuk menghantar glokus tersebut ke sel-sel badan.
Didalam keadaan yang biasa, insulin adalah yang bertanggung jawab untuk menstabilkan glokus yang berlebihan didalam darah selepas makan dengan menghantar glokus kepada sel-sel badan. Apakah yang akan berlaku jika sel-sel badan tidak mendapat glokus ? Apabila ini berlaku badan akan melonjak kedalam ketosis dan menguraikan lemak yang disimpan didalam badan. Keadaan ketoasidosis ini adalah amat berbahaya disebabkan keadaan gula darah yang sentiasa tinggi dan tidak dapat dikawal kerana ketiadaan insulin.
Selepas bertahun-tahun didalam keadaan gula darah yang tinggi, seseorang yang berpenyakit kencing manis jenis 1 ini boleh membentuk gejala penyakit kerana badan terlalu berasid dan menyebabkan kekurangan daya penglihatan atau hilang upaya anggota badan yang lain. Pesakit seperti ini memerlukan suntikan insulin sepanjang hayat mereka.
Ketosis pula adalah satu cerita lain yang amat berbeza. Keadaan ini disebabkan oleh situasi yang orang berdiet rendah karbohidrat menamakannya sebagai ‘kelebihan metabolik’ atau ‘metabolic advantage’. Adakah anda masih ingat dimana keto tidak boleh disimpan dan dikeluarkan melalui air kencing sekiranya tidak digunakan. Keadaan insulin yang rendah adalah diperlukan untuk pembakaran lemak didalam badan ini dan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas adalah diperlukan apabila kita memakan karbohidrat.
Perkara yang menyebabkan pendiet rendah karbohidrat tidak menunjukkan gejala-gejala penyakit yang tidak elok seperti pesakit kencing manis jenis 1 ini adalah kerana orang yang memakan rendah karbohidrat tidak mengalami keadaan gula darah yang tinggi secara berpanjangan. Memang betul mereka memakan makan rendah karbohidrat dan pemakanan yang rendah karbohidrat inilah yang sangat berkesan untuk mengawal kadar insulin yang memang masih boleh dikeluarkan oleh pankreas mereka.
Sebenarnya anda perlu faham bahawa kesan sampingan penyakit kencing manis yang berbahaya tersebut bukan disebabkan oleh pengeluaran ketone tetapi ianya disebabkan oleh keadaan badan yang terlalu berasid disebabkan oleh gula darah yang tinggi secara berpanjangan.
Banyak orang selalu tersalah anggap bahawa kedua-dua keadaan tersebut adalah berbahaya kerana kedua-duanya terlibat didalam pengeluaran ketone didalam badan namun begitu, punca yang sebenarnya ialah kadar gula yang tinggi didalam darah pesakit kencing manis tersebutlah yang akan menimbulkan gejala penyakit berbahaya untuk tubuh badan kita.
Memahami perbezaan yang kritikal diantara ketoasidosis dan juga ketosis adalah penting untuk membentuk kefahaman yang betul untuk kita memahami proses metabolism badan.
Adakah anda sudah boleh menjawab dakwaan orang yang mengatakan bahawa Ketosis & Ketone yang dihasilkannya  sangat  membahayakan kesihatan badan anda ketika berdiet ALSD2 ?

Adakah Ketosis & Ketone yang dihasilkannya sangat membahayakan kesihatan badan anda ketika berdiet ALSD2 ? (PART 2)

Saturday, 4 August 2012


Kunci  jawapan kepada isu ini adalah kita kena betul-betul faham akan perbezaan maksud ketosis dan ketoasidosis.

Sebenarnya  tentang masalah ini bukan semua orang betul-betul faham apakah maksud ketosis dan selalu mencampuradukkan  dengan masalah yang lain iaitu ketoasidosis.

Ketosis dan ketoasidosis adalah dua keadaan yang sangat  berkaitan dengan metabolism badan dan juga kadar gula didalam darah. Orang ramai termasuk sesetengah pakar kesihatan juga selalu membuat kesilapan dengan mencampuradukkan keduanya sebagai satu isu yang sama yang menyebabkan banyak keraguan and fitnah yang disebarkan terhadap diet rendah karbohidrat seperti ALSD2 ini.

Apabila kita faham tentang perbezaan dua keadaan yang berbeza ini maka kita akan lebih faham dan pandai menjawab bahawa perkara ini bukanlah sama dan banyak perbezaannya. Dalam satu keadaan adalah pada orang yang berdiet rendah karbohidrat dan satu keadaan lagi adalah pada orang yang sedang mengalami kencing manis jenis 1.

Terdapat beberapa persamaan untuk kedua-dua proses ini yang menyebabkan orang selalu silap faham tentangnya. Kedua-dua keadaan ketosis dan ketoasidosis adalah keadaan dimana  lemak boleh dibakar dengan banyak dan diuraikan untuk tenaga dan menghasilkan produk sampingan yang dipanggil ketone. Ketone ini boleh tersebar keseluruh tubuh dan digunakan oleh sel-sel  badan sebagai sumber tenaga alternatif selain glukos.

Oleh kerana ketone tidak boleh disimpan lama bagi kegunaan kemudian hari,  maka ia akan dibuang melalui air kencing jika tidak digunakan pada masa itu.  Proses penguraian lemak ini sentiasa berlaku didalam tubuh kita akan tetapi apabila kita mengesan jumlah ketone yang tinggi melalui air kencing (melalui alat ketostix) maka keadaan ini mungkin juga boleh disebabkan oleh situasi ketosis ataupun ketoasidosis.

Pada topik yang selanjutnya kita akan lihat apakah perbezaan yang ketara mengenai kedua-dua perkara ini dan mengapakah orang selalu tersilap faham dan mengatakan ketosis & ketone ini tak sihat untuk tubuh.

Adakah Ketosis & Ketone yang dihasilkannya sangat membahayakan kesihatan badan anda ketika berdiet ALSD2 ? (PART 1)

Wednesday, 1 August 2012


Sejak kebelakangan ini, saya kerap pula dapat soalan-soalan seperti ini dan sangat  suka kerana soalan-soalan seperti ini menunjukkan orang yang berdiet rendah karbohidrat seperti pendiet ALSD2 sudah mula pandai dan ingin memahami lebih mendalam lagi tentang kesihatan dan pemakanan mereka.  

Namun begitu, soalan seperti ini juga membuka satu kefahaman baru bagi kita bahawa banyak pakar-pakar industri kesihatan berbeza pendapat atau menunjukkan mereka tidak faham apakah sebenarnya proses yang dinamakan KETOSSIS tersebut dan terlalu cepat membuat kesimpulan bahawa orang yang berdiet rendah karbohidrat seperti ALSD2 ini telah tersilap langkah dalam pemakanan serta membahayakan kesihatan mereka.

Ini adalah satu contoh soalan yang saya baru ditanya oleh beberapa pendiet ALSD2 yang maklumat ini di ambil dari WebMD sendiri dan anda boleh refer maklumat tersebut dirantaian  ini http://women.webmd.com/guide/high-protein-low-carbohydrate-diets

Mereka mengatakan bahawa bahawa orang yang berdiet rendah karbohidrat akan menyebabkan badan kita memasuki satu keadaan metabolisma yang sangat membahayakan yang dipanggil KETOSIS disebabkan badan anda sudah mula membakar lemak untuk tenaga sebagai ganti membakar glukos untuk tenaga. Semasa ketosis badan anda akan menghasilkan ketone yang akan menyebabkan organ dalaman kita akan rosak serta terlalu berasid dan menyebabkan anda akan mengidapi penyakit gaut, kidney stone dan juga kerosakan buah pinggang. Ketone juga akan merosakkan selera makan, merasa nak muntah dan bau mulut yang busuk.

Banyak lagi yang saya pernah jumpa orang yang bertentangan pendapat tentang berdiet rendah karbohidrat ini memberikan segala jenis penyakit didalam dunia ini yang boleh difikirkan mereka yang disebabkan oleh pemakanan rendah karbohidrat. Yang menjadi tandatanya saya kenapa pula tidak ada orang yang bersungguh-sungguh ingin menyatakan apakah kesan sampingan yang kita dapati apabila mengambil karbohidrat & gula terlalu tinggi sepanjang hayat kita.

Sebelum kita pergi kepada topik yang lebih jauh atau lari dari tajuk asal, soalan saya apakah pendapat anda tentang proses ketosis ini ? Adakah ketosis dan ketone membahayakan kesihatan anda ? Apakah kita sudah faham diet ini dengan betul atau kita cepat terganggu dengan beberapa pendapat yang berbeza tentang KETOSIS & KETONE ini ?

Apakah pendapat & pendirian anda sebelum saya masuk ke bahagian kedua topik ini ?