Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Jadilah Pengguna Yang Bijak (2) - Fahamilah Makanan Pilihan Anda

Monday, 12 September 2011

Didalam usaha syarikat pembuat makanan untuk membuat makanan yang harganya murah serta boleh menyebabkan ketagihan supaya digemari ramai dan makanan tersebut boleh bertahan lama setelah disediakan, syarikat pembuat makanan tidak dapat menghindar dari menyumbat produk mereka dengan gula, sirap jagung high-fructose dan segala jenis bahan kimia yang nenek moyang kita memang tidak pernah menyentuhnya.

Makanan yang diproses seperti ini mengandungi terlalu sedikit gizi atau memang tidak berkhasiat langsung dan juga akan menyebabkan kita kekurangan vitamin. Makanan seperti ini juga dipenuhi dengan pewarna dan perisa tiruan untuk memberikan rasa yang hampir tulin atau semulajadi. Selalunya ia juga mengandungi minyak yang separa hydrogenated (partially hydrogenated) iaitu trans fats yang berbahaya, yang membolehkannya tahan lama di para-para pasaraya. Additive atau tambahan makanan ini mengandungi bahan asing yang menyebabkan tubuh kita keliru dalam menanganinya. Disamping itu, segala sampah yang kita makan itu akan menjadi racun kepada kelenjar tubuh kita dan merosakkan hormon didalam badan. Memang tidak salah dimana terdapat berbagai-bagai jenis kanser yang berpunca dari bahan-bahan tambahan ini.

Walaupun pihak berkuasa kesihatan serta pendapat ramai yang popular menyarankan untuk menghadkan pemakanan lemak tepu atau saturated fat dan menghadkan pemakanan yang berkolesterol tinggi, saya sebenarnya memang tidak bersetuju dengan pendapat seperti ini. Terdapat banyak kajian yang bertentangan dengan pendapat atau arus fahaman ini.  Malah inilah punca sebenarnya kenapa pendiet makanan rendah lemak menjadi semakin gemuk atau menjadi sakit dan tidak sihat didalam hidup mereka. Ini disebabkan mereka tersilap memilih makanan yang diproses tersebut, yang penuh dengan gula atau bahan kimia hanya disebabkan makanan tersebut berlebelkan ‘low-fat’ atau ‘low-cholesterol’.

Badan kita boleh menghadamkan lemak tepu dengan secara cekap dan semulajadi, samada untuk membakar lemak yang sudah ada atau untuk menyimpannya bagi tenaga akan datang. Sebenarnya jumlah lemak tepu atau kolesterol didalam makanan yang anda makan tidak ada kaitan langsung untuk kesihatan anda. Apa yang sebenarnya yang patut anda jauhi adalah bahan kimia makanan, pewarna tiruan, minyak separa hydrogenated, nitrates, gula, dan bahan tambahan makanan yang bukan semulajadi.

Apabila lebel makanan itu mengatakan ianya baik untuk anda, bukanlah bermaksud ianya sebenar-benarnya baik untuk kesihatan. Jangan biarkan diri anda dengan amat mudah tertipu dengan hasrat sebenar syarikat pembuat makanan yang hanya semata-mata ingin melariskan makanan mereka. Sedikit-sebanyak kita harus mendidik diri kita menjadi pengguna yang bijak dan jangan meletakkan kepentingan kesihatan kita pada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dagangan.

Oleh itu, marilah kita lihat panduan selanjutnya untuk cara-cara membeli makanan yang sihat serta menjadi pengguna yang bijak memilih makanan yang sihat untuk dimakan serta tidak merosakkan fungsi tubuh yang menghasilkan berbagai-begai jenis penyakit zaman moden ini.

0 comments:

Post a Comment