Apabila kita pandai memilih makanan yang baik, ini akan banyak membantu keseimbangan hormon tubuh yang membolehkan kita menjaga serta menurunkan berat badan dengan lebih banyak. Kita juga sedar dan faham bahawa pada zaman ini, kita teramat mudah untuk memakan makanan yang tidak elok kerana kebanyakan makanan segera atau yang sudah siap disediakan memang mengandungi banyak bahan kimia yang akan merosakkan tubuh kita untuk berfungsi dengan baik.
Apabila kita mengambil makanan yang sudah diproses, kebanyakannya akan menyebabkan tubuh kita keliru dengan keputusan apakah yang patut dibuat dengan bahan kimia yang berlebihan didalam tubuh kita itu. Memakan terlalu banyak makanan yang diproses menyebabkan kepincangan tubuh yang akhirnya akan merosakkan metabolisma badan. Toksin tersebut bukan sahaja menyebabkan kita gemuk tetapi ia juga menyebabkan tubuh kita sakit dan hormon kita tidak seimbang.
Namun begitu adalah mustahil untuk kita sentiasa memakan makanan organik setiap masa. Walaupun kita mungkin mampu dari segi kewangan, tetapi ada waktu dan ketikanya kita mungkin terpaksa pergi kekedai untuk mendapatkan makanan dengan segera. Perkara seperti ini berpotensi untuk merosakkan diet kita dengan sekelip mata. Oleh itu berhati-hatilah dengan segala makanan yang telah diproses dan jangan letakkan kepercayaan kita pada sesorangpun didalam hal pemilihan makanan.
Jika makanan itu sudah siap disediakan didalam pek makanan, maka bacalah lebel makanan dengan berhati-hati untuk kepastian akan segala jenis kandungannya. Untuk kita menjadi pengguna yang bijak, kita hanyalah perlu membaca setiap kandungan pada makanan yang sudah siap diproses. Tidak ada cara lain untuk melakukan perkara ini. Berhati-hati akan segala jenis makanan yang anda pilih dan anda haruslah dengan penuh kesedaran melakukan pemilihan makanan tersebut dari kategori yang sihat untuk dimakan.
Ini sangat penting kerana kita banyak menganuti kefahaman yang pincang tentang bab pemakanan samada disebabkan oleh saranan orang-orang disekeliling kita yang juga tidak berapa faham dengan terperinci tentang isu pemakanan tersebut ataupun dari iklan-iklan makanan sihat yang di taja oleh syarikat-syarikat pengeluar makanan yang mempunyai kepentingan dagangan dan tidak dinafikan juga oleh pakar-pakar dari industri kesihatan yang mengikut arus atau gelombang kesukaan ramai dan bukan dari fakta atau hasil-hasil penyelidikan yang terkini.
0 comments:
Post a Comment