Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Jadilah Pengguna Yang Bijak (3) - Jangan Beli Produk Berjenama Low-Fat atau Fat-Free

Monday, 26 September 2011

Jika anda masih belum pandai memilih makanan yang baik dan ingin untuk menjadi pengguna yang bijak, maka ikutlah panduan-panduan umum berikut apabila membeli-belah.

1.    JANGAN BELI PRODUK BERJENAMA LOW-FAT ATAU FAT FREE

Pada waktu ini  kita sudah boleh mendapatkan makanan yang berlebel low-fat atau fat-free dimana-mana sahaja tetapi kita harus berhati-hati kerana makanan jenis ini sebenarnya adalah jenis makanan yang sudah diproses. Walaupun rendah lemak tetapi ianya sarat dengan gula dan sirap jagung tinggi fruktosa.

Makanan jenis ini sebenarnya akan meningkatkan kadar insulin, akan menyebabkan anda setiasa merasa lapar selepas memakannya dan inilah yang mencetuskan kenaikan berat badan. Makanan yang bebas lemak juga secara negatifnya memberi impak kepada kadar kolesterol anda dimana  ia akan meningkatkan kadar triglycerides dan merendahkan kadar kolesterol yang baik (C-HDL). Kedua-duanya akan memberikan akibat buruk kepada kesihatan jantung anda dan ini adalah diantara sebab kenapa makanan ini bukan sepatutnya menjadi pilihan makanan seharian anda.

Footnote:
Free NZ NEWIMAGE Product Sample & Global Business Online Opportunity for Indonesia, India & Thailand
Register Now ! Free Registration ! Free Sample Products ! Free Virtual Distributor Website !

For visitor from Indonesia, India & Thailand - you are welcome to sign in for free Virtual Distributor Website and explore global business opportunity with NZ New Image with no obligation. 

Grab your free sample New Image products worth USD$40 once you enroll 3 or more Virtual Distributors. Dont miss your opportunity for free sample products and opportunity for global online business with free Virtual Distributor website.

Free products samples & registration at the following links



For further information on this business opportunity, you can visit the following FAQs

Jadilah Pengguna Yang Bijak (2) - Fahamilah Makanan Pilihan Anda

Monday, 12 September 2011

Didalam usaha syarikat pembuat makanan untuk membuat makanan yang harganya murah serta boleh menyebabkan ketagihan supaya digemari ramai dan makanan tersebut boleh bertahan lama setelah disediakan, syarikat pembuat makanan tidak dapat menghindar dari menyumbat produk mereka dengan gula, sirap jagung high-fructose dan segala jenis bahan kimia yang nenek moyang kita memang tidak pernah menyentuhnya.

Makanan yang diproses seperti ini mengandungi terlalu sedikit gizi atau memang tidak berkhasiat langsung dan juga akan menyebabkan kita kekurangan vitamin. Makanan seperti ini juga dipenuhi dengan pewarna dan perisa tiruan untuk memberikan rasa yang hampir tulin atau semulajadi. Selalunya ia juga mengandungi minyak yang separa hydrogenated (partially hydrogenated) iaitu trans fats yang berbahaya, yang membolehkannya tahan lama di para-para pasaraya. Additive atau tambahan makanan ini mengandungi bahan asing yang menyebabkan tubuh kita keliru dalam menanganinya. Disamping itu, segala sampah yang kita makan itu akan menjadi racun kepada kelenjar tubuh kita dan merosakkan hormon didalam badan. Memang tidak salah dimana terdapat berbagai-bagai jenis kanser yang berpunca dari bahan-bahan tambahan ini.

Walaupun pihak berkuasa kesihatan serta pendapat ramai yang popular menyarankan untuk menghadkan pemakanan lemak tepu atau saturated fat dan menghadkan pemakanan yang berkolesterol tinggi, saya sebenarnya memang tidak bersetuju dengan pendapat seperti ini. Terdapat banyak kajian yang bertentangan dengan pendapat atau arus fahaman ini.  Malah inilah punca sebenarnya kenapa pendiet makanan rendah lemak menjadi semakin gemuk atau menjadi sakit dan tidak sihat didalam hidup mereka. Ini disebabkan mereka tersilap memilih makanan yang diproses tersebut, yang penuh dengan gula atau bahan kimia hanya disebabkan makanan tersebut berlebelkan ‘low-fat’ atau ‘low-cholesterol’.

Badan kita boleh menghadamkan lemak tepu dengan secara cekap dan semulajadi, samada untuk membakar lemak yang sudah ada atau untuk menyimpannya bagi tenaga akan datang. Sebenarnya jumlah lemak tepu atau kolesterol didalam makanan yang anda makan tidak ada kaitan langsung untuk kesihatan anda. Apa yang sebenarnya yang patut anda jauhi adalah bahan kimia makanan, pewarna tiruan, minyak separa hydrogenated, nitrates, gula, dan bahan tambahan makanan yang bukan semulajadi.

Apabila lebel makanan itu mengatakan ianya baik untuk anda, bukanlah bermaksud ianya sebenar-benarnya baik untuk kesihatan. Jangan biarkan diri anda dengan amat mudah tertipu dengan hasrat sebenar syarikat pembuat makanan yang hanya semata-mata ingin melariskan makanan mereka. Sedikit-sebanyak kita harus mendidik diri kita menjadi pengguna yang bijak dan jangan meletakkan kepentingan kesihatan kita pada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dagangan.

Oleh itu, marilah kita lihat panduan selanjutnya untuk cara-cara membeli makanan yang sihat serta menjadi pengguna yang bijak memilih makanan yang sihat untuk dimakan serta tidak merosakkan fungsi tubuh yang menghasilkan berbagai-begai jenis penyakit zaman moden ini.

Jadilah Pengguna Yang Bijak (1) - Pendahuluan

Wednesday, 7 September 2011

Apabila kita pandai memilih makanan yang baik, ini akan banyak membantu keseimbangan hormon tubuh yang membolehkan kita menjaga serta menurunkan berat badan dengan lebih banyak. Kita juga sedar dan faham bahawa pada zaman ini, kita teramat mudah untuk memakan makanan yang tidak elok kerana kebanyakan makanan segera atau yang sudah siap disediakan memang mengandungi banyak bahan kimia yang akan merosakkan tubuh kita untuk berfungsi dengan baik.

Apabila kita mengambil makanan yang sudah diproses, kebanyakannya akan menyebabkan tubuh kita keliru dengan keputusan apakah yang patut dibuat dengan bahan kimia yang berlebihan didalam tubuh kita itu. Memakan terlalu banyak makanan yang diproses menyebabkan kepincangan tubuh yang akhirnya akan merosakkan metabolisma badan. Toksin tersebut bukan sahaja menyebabkan kita gemuk tetapi ia juga menyebabkan tubuh kita sakit dan hormon kita tidak seimbang.

Namun begitu adalah mustahil untuk kita sentiasa memakan makanan organik setiap masa.  Walaupun kita mungkin mampu dari segi kewangan, tetapi ada waktu dan ketikanya kita mungkin terpaksa pergi kekedai untuk mendapatkan makanan dengan segera. Perkara seperti ini berpotensi untuk  merosakkan diet kita dengan sekelip mata. Oleh itu berhati-hatilah dengan segala makanan yang telah diproses dan jangan letakkan kepercayaan kita pada sesorangpun didalam hal pemilihan makanan.

Jika makanan itu sudah siap disediakan didalam pek makanan, maka bacalah lebel makanan dengan berhati-hati untuk kepastian akan segala jenis kandungannya. Untuk kita menjadi pengguna yang bijak, kita hanyalah perlu membaca setiap kandungan pada makanan yang sudah siap diproses.  Tidak ada cara lain untuk melakukan perkara ini.  Berhati-hati akan segala jenis makanan yang anda pilih dan anda haruslah dengan penuh kesedaran melakukan pemilihan makanan  tersebut dari kategori yang sihat untuk dimakan.

Dengan itu saya akan cuba memberikan panduan tentang pemilihan makanan yang baik didalam siri yang selanjutnya. Sebelum itu adalah penting untuk kita fahami sebab sebenarnya kenapa bahan-bahan yang bukan semulajadi didalam kandungan makanan yang kita beli boleh merosakan kesihatan kita dan menyebabkan berat badan kita naik.   

Ini sangat penting kerana kita banyak menganuti kefahaman yang pincang tentang bab pemakanan samada disebabkan oleh saranan orang-orang disekeliling kita yang juga tidak berapa faham dengan terperinci  tentang isu pemakanan tersebut ataupun dari iklan-iklan makanan sihat yang di taja oleh syarikat-syarikat pengeluar makanan yang mempunyai kepentingan dagangan dan tidak dinafikan juga oleh pakar-pakar dari industri kesihatan yang mengikut arus atau gelombang kesukaan ramai dan bukan dari fakta atau hasil-hasil penyelidikan yang terkini.