Sokongan Moral Untuk Berdiet – Dari Penghalang Kepada Penyokong
Sokongan moral yang kuat adalah sangat diperlukan apabila anda berdiet. Inilah adalah beberapa saranan untuk menangani kawan-kawan atau keluarga terdekat samada sengaja atau dengan tidak sengaja memperlekehkan matlamat atau keazaman anda untuk menurunkan berat badan. Apabila anda mengistiharkan kepada kawan-kawan atau keluarga terdekat yang anda ingin menurunkan berat badan, besar kemungkinan salah seorang dari ahli kumpulan ini akan cuba memujuk anda untuk tidak melakukannya. Mereka adalah diantara orang-orang penting didalam hidup anda, tetapi malangnya mereka juga cuba memperlekehkan keputusan anda.
Banyak saya menerima maklumbalas tentang orang-orang terdekat yang sengaja mengejek cara pemakanan anda dan ada juga yang sengaja menguja diri anda dengan jenis-jenis makanan yang dia tahu anda tidak boleh makan. Apakah sebenarnya tujuan mereka berbuat begitu ? Bagaimana anda boleh merubah mereka dari seorang penghalang kejayaan anda kepada seorang yang menyokong matlamat anda yang murni untuk menjadi lebih sihat ? Ini adalah beberapa panduan untuk membaca maksud sebenar disebalik perkataan mereka dan bagaimana cara untuk menjawab mereka dengan sebaik mungkin.
Apa Yang Mereka Kata, Apa Maksud Mereka Sebenarnya
Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk melihat disebalik perkataan-perkataan orang yang kurang menyokong anda diatas sebab-sebab yang tidak mereka dapat luahkan dengan sebenar. Apabila anda faham sebab tersembunyi atau apa maksud mereka yang tersirat, maka anda boleh memberikan reaksi dan jawapan yang baik untuk mereka faham dan hormat akan keputusan anda. Dibawah ini adalah beberapa contoh:
Apa mereka kata: Keadaan anda sudah cukup memuaskan. Kenapa perlu anda berdiet ?
Apa maksud sebenar mereka: Jika anda bukan lagi orang yang sama yang mengalami masalah berat badan yang sudah lama saya kenali, maka ia akan mengancam perhubungan kita dan menyebabkan saya rasa tidak selesa.
Apa jawapan anda: Saya tahu saya perlu untuk menurunkan berat badan saya untuk memperbaiki kesihatan, perasaan dan perwatakan saya. Saya memang berazam untuk melakukannnya dan saya rasa saya patut mendapat sokongan anda.
Apa mereka kata: Tidak ada sesiapa boleh berhenti makan karbohidrat terutamanya nasi. Program diet ini terlalu ketat dan menyusahkan.
Apa maksud sebenar mereka: Anda tidak pernah berjaya melakukan apa-apa program diet yang lain sebelum ini. Kenapa saya fikir anda akan berjaya dengan program diet SD2 pula ?
Apa jawapan anda: Saya telah mendalami serta memahami program ini secara terperinci dan apa yang telah saya pelajari meyakinkan saya bahawa inilah adalah program yang amat mudah jika dibandingkan dengan program-program diet yang lain kerana saya tidak perlu berlapar. Sokongan anda akan menyebabkan saya lebih berjaya.
Apa mereka kata: Anda telah gagal dengan setiap program diet yang anda cuba sebelum ini. Kenapa perlu bersusah dan mencuba program diet SD2 ini pula ?
Apa maksud sebenar mereka: Perkara ini akan berlaku sekali lagi. Saya terpaksa mendengar sekali lagi tentang program diet yang memang akan gagal juga akhirnya. Saya sudah penat untuk memberi sokongan dan lepas itu memerhatikan anda bersedih kerana gagal.
Apa jawapan anda: Betul, saya pernah gagal sebelum ini tetapi saya tetap berazam untuk berjaya kali ini. Sekiranya anda tidak dapat memberikan sokongan akan keputusan saya, sekurang-kurangnya janganlah merendahkan atau melemahkan semangat saya untuk satu usaha yang baik.
Apa mereka kata: Melakukan diet SD2 tidak sihat kerana anda tidak cukup makanan karbohidrat
Apa maksud sebenar mereka: Saya belum faham akan bagaimanakah cara program SD2 dapat menurunkan berat badan
Apa jawapan anda: Saya telah menyelidik serta menyelami program ini dengan mendalam dan program ini sebenarnya dapat memperbaiki kesihatan kita kerana kita bukan mengambil ubat-ubatan untuk menurunkan berat badan tetapi cukup dengan menjaga pemakanan dengan betul supaya pembakaran lemak berlaku dengan semulajadi. Anda akan menyokong saya jika sekiranya anda faham akan cara diet yang sihat ini.
Ini adalah diantara contoh-contoh situasi yang anda lalui dan bagaimanakah cara yang baik untuk menjawab tentangan sahabat handai dan cuba dapatkan sokongan mereka dengan sepenuhnya. Adalah sangat beruntung jika anda dapat sama-sama berdiet dengan teman rapat anda kerana ianya amat memudahkan sekiranya dapat berkongsi cara pemakanan yang sama. Didalam perjalanan ini, saya pernah berjumpa Ravi dari Kuala Selangor yang bekerja sebagai dispatcher sahaja tetapi sanggup mengumpulkan duit selama beberapa bulan dan membelikan SD2 untuk isterinya yang perlu menurunkan berat badan sebanyak 47 kg. Dia pernah membelanjakan lebih dari RM2,000 untuk isterinya sebelum ini tetapi masih tidak berjaya. Sekiranya anda mendapat sokongan yang penuh dengan kasih sayang seperti ini maka anda tidak boleh gagal dalam usaha menurunkan berat badan.
Sokongan moral yang berterusan juga amat diperlukan dan itulah sebabnya anda digalakkan untuk selalu berkomunikasi dengan kawan-kawan yang sama-sama berdiet seperti didalam Kelab SD2 (facebook) ini. Keraplah berhubung dengan kawan-kawan yang sama-sama berdiet sekiranya anda merasa lemah semangat, tidak ada selera makan atau sudah merasa buntu untuk mencari makanan baru yang anda suka. Kumpulan sokongan (support group) adalah penting untuk anda terus berjaya mengekalkan berat badan yang sempurna dalam jangka panjang. Jika anda memerlukan kumpulan sokongan ketika berdiet maka cubalah di www.facebook.com/newimage.slimdiet2 atau di www.facebook.com/kamarul.nordin
0 comments:
Post a Comment