Cara-Cara Pengambilan SD2
Tiada peraturan rumit untuk dituruti ketika mengambil SD2. Cara makan SD2 amat mudah seperti berikut:-
1. Campurkan 2 skop SD2 kedalam lebihkurang satu gelas (200 – 250 ml) air sejuk, kacau atau goncang sehingga larut didalam gelas atau shaker dan minum.
2. Minum sebanyak 4 kali sehari diselang-selikan dengan waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Contohnya begini; Bangun waktu pagi kita minum SD2 (1), lepas itu kita sarapan pagi. Sebelum makan tengah hari ambil SD2 (2) kali kedua dan kemudian makan tengahari seperti biasa. Sebelum makan malam kita boleh mengambil SD2 (3) sekali lagi dan makan malam seperti biasa. Kali keempat (4) boleh ambil SD2 waktu minum petang atau sebelum tidur. Semuanya 4 kali sehari dan boleh disesuaikan mengikut program harian kita supaya kita tidak berlapar dan perut sentiasa kenyang.
3. Boleh mengambil SD2 ketika sebelum atau selepas makan.
4. Sekiranya anda berpuasa, masih perlu mengambil SD2 sebanyak 3 kali pada waktu malam.Contohnya: berbuka 3 skup, nak tidur 2 skup, sahur 3 skup, jumlah semua 8 skup SD2 sehari.
5. Pada waktu sarapan, makan tengahhari dan makan malam pula jangan mengambil makanan berkabohidrat dan bergula termasuk air yang manis serta berkafein dan juga buah-buahan lebih dari 35 gram sehari. Makan lauk-lauk sahaja.
6. Boleh memakan sayuran-sayuran hijau dan juga tomato.
7. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari atau lebih lagi. Lagi banyak minum lagi baik.
APA YANG ANDA BOLEH MAKAN? (Digalakkan untuk makan. Boleh masak mengikut cara kesukaan anda) | APA YANG ANDA TIDAK BOLEH MAKAN? (Dilarang makan tidak lebih dari 35 gram sehari untuk kesan yang optimum) |
AYAM LEMBU KAMBING ITIK IKAN UDANG KETAM SOTONG TELUR BUAH AVOCADO & ZAITUN SAYUR-SAYURAN HIJAU BUKAN BERUBI PRODUK SOYA YANG RENDAH KARBOHIDRAT KEJU YANG RENDAH KARBOHIDRAT AIR TEH HIJAU YG TAK BERKAFEIN SERTA TIADA GULA AIR KOSONG /AIS LAIN-LAIN MAKANAN BERPROTIEN SAHAJA | NASI MEE PASTA ROTI BISKUT GANDUM/OAT/NESTUM SAYURAN BERUBI ALKOHOL KAFEIN (KOPI/TEH) MINUMAN RINGAN MINUMAN DIET (SODIUM) & BERGAS BUAH-BUAHAN/KURMA SUSU GULA-GULA (MANISAN) GULA/MADU LAIN-LAIN MAKANAN BERKARBOHIDRAT SERTA BERGULA |
Anda masih boleh mengambil makanan-makanan yang dilarang ini secara sederhana sekiranya anda tidak perlu menurunkan berat badan dengan cepat. Untuk kesan yang optimum, tinggalkan lah segala larangan tersebut sementara berdiet.
Perhatian:
1. Oysters dan mussels mengandungi karbohidrat yang tinggi dari makanan laut yang lain. Jangan memakan lebih dari 120 gram sehari.
2. Jangan memakan organ dalaman haiwan seperti empedal, jantung dan hati lebih dari 120 gram sehari.
3. Makanan yang diproses seperti ham, bacon, pepperoni, salami, hot dogs, daging buger, fishball, fish fingers dan seumpanya mungkin ada campuran gula dan tepung yang akan menyebabkan kandungan karbohidrat yang tinggi. Baca fakta nutrisi makanan tersebut dan pastikan anda tidak memakan lebih dari 35 gram net karbohidrat sehari.
4. Jangan mengambil langsung daging, ikan atau makanan lain yang dirawat dengan nitrates yang mengandungi karsinogens serta membahayakan kesihatan.
5. Berhati-hati makanan yang mengandungi campuran daging, seafood dan ikan seperti makanan tiruan daging ketam, fishball, meatloaf serta makan bertepung yang lain.
0 comments:
Post a Comment