Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Bolehkah Memakan Kurma Ketika Berdiet SD2 ?

Monday, 8 August 2011

Bolehkah Memakan Kurma Ketika Berdiet SD2 ? 

Petang tadi ada orang marah-marah dengan seorang pendiet SD2 kerana dia menyarankan supaya jangan memakan kurma semasa berdiet SD2 untuk penurunan berat yang lebih berkesan. Orang yang memarahinya mengatakan ini bukan sunnah dan masing-masing pun mula berdebat tentang isu makanan ini.  Sebenarnya masih ramai yang belum faham perbezaan diantara makanan yang sihat dengan makanan yang boleh menurunkan berat badan.

Bagi saya anda boleh ambil kurma asalkan tak melebihi 35 gm karbohidrat sehari jika mahu menurunkan berat badan. Jika ingin memakan kurma yang banyak, janganlah berdiet dulu untuk menjimatkan duit anda kerana penurunan berat tidak akan berlaku atau menjadi perlahan. 

Badan kita sihat cuma berat tak akan turun. Besar kemungkinan berat juga akan meningkat disebabkan gula yang berlebihan. Jadi adakah kita berdiet didalam fasa menurunkan berat badan atau hanya untuk mengekalkan kesihatan ? Pada fasa ini jenis pemakanan kita sudah tentu berbeza. Buatlah pilihan yang betul dan jangan bazirkan tenaga untuk berdebat dari perspektif yang berbeza.

Jika anda masih tidak berpuas hati, maka cara yang paling baik adalah dengan membuat ujikaji sendiri pada tubuh anda dan lihatlah perbedaannya pada penurunan berat yang anda inginkan.

Sila lihat kandungan karbohidrat didalam kurma untuk setiap 100 gm.

Selalunya 1 biji kurma (saiz sederhana) ini mengandungi lebihkurang 6 gm karbohidrat. Ini berbeza-beza mengikut saiz dan jenama kurma tersebut.

0 comments:

Post a Comment