Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Sunday, 28 August 2011

Kepada kawan-kawan yang berdiet SD2, saya memperingatkan bahawa semua jenis kuih muih, lemang, ketupat, kuah kacang, lontong dan seumpamanya mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Makanlah dari jenis lauk pauk sahaja untuk badan masih membakar lemak.

Namun begitu saya mencadangkan untuk anda mengambil cuti berdiet selama satu (1) atau dua (2) hari untuk meraikan hari lebaran dan makanlah makanan kegemaran anda secara yang sederhana. Disamping itu tetaplah mengambil SD2 4x sehari untuk menjaga kadar insulin badan anda supaya tidak naik mendadak apabila mengambil karbohidrat dan menjaga supaya berat anda tidak naik.

Masuk hari ketiga (3) maka mulakanlah diet anda semula dan jagalah karbohidrat anda supaya tidak melebihi 35gm sehari untuk badan membakar lemak semula. Saya doakan anda berjaya menurunkan berat badan dan mengekalkan badan yang sihat setelah berpuasa selama sebulan. Jangan rosakkan kesihatan anda dengan mengambil karbohidrat berlebihan setelah kita bersusah payah berpuasa untuk mendapat menafaat kesihatan yang lebih baik.

Akhir sekali, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya, Eid Mubarak & Maaf Zahir Batin.

Get Your Free Product Sample ! Sign In For Free Virtual Distributor Website !

Tuesday, 23 August 2011

Free NZ NEWIMAGE Product Sample & Global Business Online Opportunity for Indonesia, India & Thailand

Register Now ! Free Registration ! Free Sample Products ! Free Virtual Distributor Website !

For Virtual Business Partners in Indonesia, India & Thailand - you are welcome to sign in for free Virtual Distributor Website. 

Grab your free sample New Image products worth $40 once you enroll 3 or more Virtual Distributors. 

Dont miss your opportunity for free sample products and opportunity for global online business with free Virtual Distributor website.

Free products samples & registration at the following links


or this one

http://www.newimageworldbuilder.com/?ID=249183


Buku Siri Bimbingan SDII Volume III oleh Kamarul Nordin

Monday, 22 August 2011

Terbitan Yang Paling Baru ! Kini Sudah Terbit ! Dapatkan Segera !

Buku Siri Bimbingan SDII Volume III oleh Kamarul Nordin (57 mukasurat, A4 saiz)

Buku Siri Bimbingan SDII Volume III ini juga adalah sambungan siri yang ke 3 daripada kompilasi penulisan nota-nota dan soal jawab Kamarul Nordin di dinding Facebook dan blog SD2 Wellness Centre.

Alhamdulillah, hasil dari permintaan ramai dan juga sebagai projek pada bulan Ramadhan 2011 ini; maka Kamarul dapat meneruskan projek untuk menyusun semula bahan penulisannya menjadi sebuah buku terbitan yang ketiga didalam siri rujukan SDII.

Mengandungi bahan-bahan serta kandungan yang lebih mendalam dan terperinci mengenai kesihatan dan cara berdiet yang diantaranya adalah: 
  • SD2 Daily Tips dan tip-tip berdiet SD2 yang lain.
  • Konsep berdiet SD2 yang betul dan bukan hanya ‘yo-yo’ atau ‘crash-diet’.
  • Jenis-jenis masalah hormon yang menghalang penurunan berat badan
  • Keperluan bersenam dan cara bersenam yang betul ketika berdiet
  • 10 Prinsip Utama untuk kejayaan hidup dengan makanan rendah karbohidrat
  • Kesalahan berdiet rendah lemak atau ‘low-fat’
  • Bonus Lampiran: Borang Kajiselidik Profile Kesihatan SD2
 dan banyak lagi topik-topik penting sebagai rujukan untuk anda berdiet.

Bahan rujukan yang penting untuk pengedar serta orang-orang yang ingin menjaga kesihatan dan mengekalkan berat idaman sepanjang hayat.

Harga Buku Siri Bimbingan SDII – Volume III
Semenanjung Malaysia
RM30/senaskah
Pos RM7
Sabah, Serawak, Brunei & Singapura
RM30/senaskah
Pos RM10*
* Kos penghantaran ke Brunei & Singapura tertakluk kepada kos penghantaran antarabangsa oleh syarikat penghantaran yang akan di takrifkan apabila membuat pesanan nanti.
Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank atai CIMB.

Nota: Boleh juga membuat tempahan Buku Siri Bimbingan SDII – Volume I dan Volume II dengan harga RM40/senaskah (mengandungi kandungan yang lebih banyak dan lebih tebal).

Buku Siri Bimbingan SDII Volume II oleh Kamarul Nordin

Monday, 15 August 2011

Terbitan Terkini ! Sudah Terbit ! Dapatkan Segera !

Buku Siri Bimbingan SDII Volume II oleh Kamarul Nordin (75 mukasurat, A4 saiz)

Buku Siri Bimbingan SDII Volume II ini adalah sambungan hasil kompilasi daripada penulisan nota-nota dan soal jawab Kamarul Nordin di dinding Facebook dan blog SD2 Wellness Centre.

Hasil dari permintaan ramai dan sebagai projek pada bulan Ramadhan 2011 ini; maka Kamarul dapat menulis serta menyusun semula bahan penulisannya menjadi sebuah buku terbitan yang kedua didalam siri rujukan SDII.

Mengandungi bahan-bahan serta kandungan yang lebih mendalam dan terperinci mengenai kesihatan dan cara berdiet yang diantaranya adalah:
·          
  • Sebab-sebab Plateau atau penurunan berat yang mendatar.
  •  Cara-cara mengatasi Plateau atau penurunan berat yang mendatar.
  •   SD2 Daily Tips.
  •  Tips untuk memulakan diet SD2 anda.
  • Rahsia untuk mengekalkan berat idaman sepanjang hayat.
  • Salah tanggapan ketika berdiet SD2.
dan banyak lagi topik-topik penting sebagai rujukan untuk anda berdiet.

Bahan rujukan yang penting untuk pengedar serta orang-orang yang ingin menjaga kesihatan dan mengekalkan berat idaman sepanjang hayat.

Harga Buku Siri Bimbingan SDII – Volume II
Semenanjung Malaysia
RM40/senaskah
Pos RM7
Sabah, Serawak, Brunei & Singapura
RM40/senaskah
Pos RM10*
* Kos penghantaran ke Brunei & Singapura tertakluk kepada kos penghantaran antarabangsa oleh syarikat penghantaran yang akan di takrifkan apabila membuat pesanan nanti.
Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank atau CIMB.

Nota: Boleh juga membuat tempahan Buku Siri Bimbingan SDII – Volume I dengan harga yang sama seperti diatas.

Bolehkah Memakan Kurma Ketika Berdiet SD2 ?

Monday, 8 August 2011

Bolehkah Memakan Kurma Ketika Berdiet SD2 ? 

Petang tadi ada orang marah-marah dengan seorang pendiet SD2 kerana dia menyarankan supaya jangan memakan kurma semasa berdiet SD2 untuk penurunan berat yang lebih berkesan. Orang yang memarahinya mengatakan ini bukan sunnah dan masing-masing pun mula berdebat tentang isu makanan ini.  Sebenarnya masih ramai yang belum faham perbezaan diantara makanan yang sihat dengan makanan yang boleh menurunkan berat badan.

Bagi saya anda boleh ambil kurma asalkan tak melebihi 35 gm karbohidrat sehari jika mahu menurunkan berat badan. Jika ingin memakan kurma yang banyak, janganlah berdiet dulu untuk menjimatkan duit anda kerana penurunan berat tidak akan berlaku atau menjadi perlahan. 

Badan kita sihat cuma berat tak akan turun. Besar kemungkinan berat juga akan meningkat disebabkan gula yang berlebihan. Jadi adakah kita berdiet didalam fasa menurunkan berat badan atau hanya untuk mengekalkan kesihatan ? Pada fasa ini jenis pemakanan kita sudah tentu berbeza. Buatlah pilihan yang betul dan jangan bazirkan tenaga untuk berdebat dari perspektif yang berbeza.

Jika anda masih tidak berpuas hati, maka cara yang paling baik adalah dengan membuat ujikaji sendiri pada tubuh anda dan lihatlah perbedaannya pada penurunan berat yang anda inginkan.

Sila lihat kandungan karbohidrat didalam kurma untuk setiap 100 gm.

Selalunya 1 biji kurma (saiz sederhana) ini mengandungi lebihkurang 6 gm karbohidrat. Ini berbeza-beza mengikut saiz dan jenama kurma tersebut.

Bolehkah kita berbuka puasa dengan air tebu ketika berdiet SDII ?

Friday, 5 August 2011

Ada juga yang bertanya saya tentang berbuka puasa dengan air tebu.

Sila lihat kandungan karbohidrat air tebu (tanpa gula) untuk 100ml. Jagalah limit NET KARBOHIDRAT yang boleh kita minum sehari untuk badan masih membakar lemak.

Bolehkah Berbuka Dengan Air Kelapa Ketika Berdiet SDII ?

Thursday, 4 August 2011

Semalam Marini dari Penang bertanya berapakah kandungan karbohidrat didalam air kelapa dan bolehkah kita berbuka dengan air kelapa ketika berdiet SDII ?

Sila lihat kandungan karbohidrat air kelapa (tanpa gula) untuk 1 cup (240gm). Soalan untuk peserta latihan Lean4Life, berapakah kandungan sebenar NET KARBOHIDRAT yang boleh kita minum untuk 1 cawan ini ?

Anda boleh minum air kelapa sekiranya tidak melebihi limit karbohidrat yang anda boleh makan untuk sehari untuk badan masih membakar lemak.