Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Jadilah Pengguna Yang Bijak (9) - Jangan Membeli Produk Yang Mengandungi Pemanis Tiruan

Sunday 15 April 2012

Pemanis tiruan selalunya terdapat didalam minuman diet bergas atau soda, gula-gula, ataupun makanan jenis rendah karbohidrat yang lain yang sememangnya juga rendah kalori tetapi ketahuilah sebenarnya ia adalah lebih merbahaya dari gula.

Banyak penyelidikan telah dibuat pada haiwan menunjukkan  bahawa pemanis tiruan adalah punca kepada kenaikkan berat badan yang lebih teruk dari gula. Nutrasweet dan Equal sememangnya mengandungi aspartame. Apabila dimakan, salahsatu dari bahan kandungan aspartame iaitu methyl alcohol akan berubah menjadi formaldehyde adalah merupakan racun neurotoxin yang sangat berbahaya. Aspartame juga telah menyebabkan penyakit kanser pada tikus.

Sweet’N Low juga tidak kurang hebatnya.  Ia mengandungi bahan arang tar yang pada asalnya dibuat untuk membunuh semut.  Pemanis tiruan akan menyebabkan badan anda ketagih gula dan juga menjadi terlalu berasid. Anda kena faham bahawa sel-sel kanser terbentuk dan merebak dengan cepat didalam keadaan yang terlalu berasid.
Sekiranya anda berdiet, keadaan terlalu berasid ini juga menyebabkan penurunan berat badan anda menjadi perlahan atau sekata (plateau).

Saya tidak menyarankan anda mengambil apa sahaja jenis pemanis tiruan samada anda berdiet atau tidak.

Berapakah Kandungan Karbohidrat Pada Sotong ?

Monday 9 April 2012

Ada pertanyaan semasa program latihan SDII di Wisma Getah Asli semalam tentang berapakah kandungan karbohidrat pada sotong ?


Sotong adalah salahsatu makanan laut yang anda tidak perlu khuatir tentang kandungan karbohidratnya. Melainkan anda berpenyakit gout maka kita perlu programkan cara pemakanan lain yang sesuai untuk anda ketika berdiet.

Booklet Panduan Mudah & Ringkas Berdiet SDII

Tuesday 3 April 2012

Kini Sudah Terbit ! Dapatkan Segera !

Booklet Panduan Mudah & Ringkas Berdiet SDII oleh Kamarul Nordin (32 mukasurat , A5)










Diantara Kandungan Yang Penting:-
  • Apakah dia PSMF
  • Bagaimana SDII berfungsi membakar lemak
  • Apakah kesan sampingan diet SDII
  • Pra-kelayakan untuk berdiet SDII
  • Cara-cara pengambilan SDII
  • Peraturan penting ketika berdiet
  • Pantang larang berdiet
  • Senarai pengiraan karbohidrat makanan
  • Minum air cukup
  • Suplemen tambahan ketika berdiet
  • Ujian air kencing / ketone sticks
  • Menu cadangan
  • Berhati-hati karbohidrat tersembunyi
  • 10 amalan harian SDII
  • Fasa-fasa berdiet SDII
  • 15 peraturan untuk pengekalan berat badan
  • Kajiselidik profile kesihatan

Harga senaskah RM5.00, RM4.50 untuk pesanan 100 keping ketas
(Tidak termasuk kos penghantaran)

Untuk pesanan booklet ini, sila hubungi Norhayati Samsudin 019 279 0103
http://www.facebook.com/atidee3