Pemanis tiruan selalunya terdapat didalam minuman diet bergas atau soda, gula-gula, ataupun makanan jenis rendah karbohidrat yang lain yang sememangnya juga rendah kalori tetapi ketahuilah sebenarnya ia adalah lebih merbahaya dari gula.
Banyak penyelidikan telah dibuat pada haiwan menunjukkan bahawa pemanis tiruan adalah punca kepada kenaikkan berat badan yang lebih teruk dari gula. Nutrasweet dan Equal sememangnya mengandungi aspartame. Apabila dimakan, salahsatu dari bahan kandungan aspartame iaitu methyl alcohol akan berubah menjadi formaldehyde adalah merupakan racun neurotoxin yang sangat berbahaya. Aspartame juga telah menyebabkan penyakit kanser pada tikus.
Sweet’N Low juga tidak kurang hebatnya. Ia mengandungi bahan arang tar yang pada asalnya dibuat untuk membunuh semut. Pemanis tiruan akan menyebabkan badan anda ketagih gula dan juga menjadi terlalu berasid. Anda kena faham bahawa sel-sel kanser terbentuk dan merebak dengan cepat didalam keadaan yang terlalu berasid.
Sekiranya anda berdiet, keadaan terlalu berasid ini juga menyebabkan penurunan berat badan anda menjadi perlahan atau sekata (plateau).
Saya tidak menyarankan anda mengambil apa sahaja jenis pemanis tiruan samada anda berdiet atau tidak.