Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Jadilah Pengguna Yang Bijak (5) - Jangan Mengambil Produk Terhasil Dari Refined Polyunsaturated Oils Atau Hydrogenated Fats

Sunday, 16 October 2011

Memang banyak maklumbalas yang saya dapat dari pembaca tentang saranan saya yang lepas dimana mereka mengatakan bahawa ini bukanlah saranan yang biasa mereka dengar dari pakar-pakar kesihatan mereka. Memang betul bahawa perkara yang asing dan terkeluar dari kafahaman biasa amat susah untuk diterima. Namun begitu fahamilah dengan betul setiap saranan kesihatan yang anda dengar dan janganlah mengikut membabi buta sahaja. 

Anda perlu faham bahawa konsep atau kaedah pemakanan rendah lemak ini sudah patut dikaji semula kerana statistik menunjukkan kenapa pesakit jantung semakin bertambah walaupun orang awam mengamalkan pemakanan rendah lemak ? Punca sebenar penyakit ini adalah gula yang berlebihan dan bukan mengasingkan langsung lemak yang baik untuk kesihatan jantung anda.

Saya sarankan anda patut faham dengar sebenarnya apakah lemak yang baik dan apakah lemak yang tidak baik supaya anda tidak terikut-ikut dengan gelombang arus pemakanan yang langsung tidak mengambil lemak kerana lemak juga penting untuk keseimbangan hormon dan kesihatan tubuh.

Pada topik perbincangan kali ini saya akan mengutarakan apakah sebenarnya lemak yang tidak boleh untuk anda ambil. Produk yang terhasil dari saringan minyak polyunsaturated atau hydrogenated atau separa hydrogenated adalah sebenarnya bertoksid dan tidak baik untuk kesihatan anda dan akan membawa penyakit.

Minyak separa hydrogenated adalah sebenarnya trans fat. Apabila anda memakan trans fat maka bahan tersebut akan mengganggu hormon tubuh anda, menyumbat salur darah serta punca kepada penyakit kanser.

Untuk memburukkan lagi keadaan, kebanyakan produk low-fat dan fat-free selalunya mengandungi trans fat. Gula yang berlebihan dan juga trans fat adalah gabungan makanan yang pasti merosakkan kesihatan tubuh anda tidak kira berapa sedikit yang anda ambil didalam makanan anda.

Namun begitu ini tidaklah bermakna anda tidak patut mengambil apa-apa lemak langsung didalam makanan anda kerana pemakanan yang tiada lemak langsung juga akan merosakkan kesihatan tubuh anda dengan cara yang berlainan. Apakah anda sudah tahu makanan-makanan yang mengandungi trans fat yang selalu anda ambil ? Adakah anda sudah membaca setiap lebel pemakanan yang anda beli supaya makanan anda bebas trans fat ?

Footnote:
Free NZ NEWIMAGE Product Sample & Global Business Online Opportunity for Indonesia, India & Thailand
Register Now ! Free Registration ! Free Sample Products ! Free Virtual Distributor Website !

For visitor from Indonesia, India & Thailand - you are welcome to sign in for free Virtual Distributor Website and explore global business opportunity with NZ New Image with no obligation. 

Grab your free sample New Image products worth USD40 once you enrol 3 or more Virtual Distributors. 

Dont miss your opportunity for free sample products and opportunity for global online business with free Virtual Distributor website.

Free products samples & registration at the following links



For further information on this business opportunity, you can visit the following FAQs
http://www.newimageasia.com.my/worldbuilderIndonesian.php

Jadilah Pengguna Yang Bijak (4) - Jangan Mengambil Produk Tenusu Yang Bebas Lemak (Fat-Free Diary Products)

Sunday, 9 October 2011

Produk tenusu yang bebas lemak (fat-free) dan rendah lemak (low-fat) adalah sebenarnya kehilangan lemak yang baik yang juga membantu untuk anda menurunkan berat badan.

Produk tenusu yang telah diproses ini akan mengacau kadar insulin didalam badan anda dan juga mengganggu kesihatan hormon sexual anda. Contohnya Yogurt yang bebas lemak adalah selalunya dipenuhi oleh gula dan juga sirap jagung tinggi fructose. Gula yang berlebihan itulah yang menyebabkan anda sentiasa merasa lapar dan menaikkan berat badan.

Gula yang berlebihan jugalah yang menaikkan kadar kolesterol yang tidak baik didalam tubuh anda dengan cara menaikkan kadar triglycerides dan merendahkan kadar kolesterol yang baik (C-HDL). Kedua-dua perkara inilah punca sebenarnya menjadi masalah kepada kesihatan jantung. Adakah pakar kesihatan anda menasihatkan yang sebaliknya dan kesihatan jantung anda masih tidak baik dengan sentiasa memilih makanan rendah lemak ?

Footnote:
Free NZ NEWIMAGE Product Sample & Global Business Online Opportunity for Indonesia, India & Thailand
Register Now ! Free Registration ! Free Sample Products ! Free Virtual Distributor Website !

For visitor from Indonesia, India & Thailand - you are welcome to sign in for free Virtual Distributor Website and explore global business opportunity with NZ New Image with no obligation. 

Grab your free sample New Image products worth USD40 once you enrol 3 or more Virtual Distributors. 

Dont miss your opportunity for free sample products and opportunity for global online business with free Virtual Distributor website.

Free products samples & registration at the following links



For further information on this business opportunity, you can visit the following FAQs