Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Jadilah Pengguna Yang Bijak (7) - Jangan Mengambil Produk Yang Terhasil Dari Perisa Tiruan Mahupun Semulajadi (Natural And Artificial Flavours)

Monday 2 January 2012


Apabila sesuatu jenis makanan itu mengandungi maklumat seperti ini pada label makanan tersebut, ini sebenarnya bermaksud ia mengandungi bahan kimia. Bahan kimia digunakan sebagai bahan tambahan kepada makanan tersebut untuk memberikan rasa yang hampir semulajadi serta memanjangkan jangkahayat makanan tersebut.

Sebenarnya tiada sesiapun tahu apakah sebenarnya jenis bahan kimia tersebut melainkan pengeluar makanan itu sendiri. Jika anda ingin memasukkannya kedalam mulut anda, maka anda sepatutnya layak mengetahui apakah sebenarnya bahan tersebut. Akan tetapi jika semua orang tahu apakah sebenarnya bahan tersebut maka pihak pengeluar pula akan hilang rahsia dangangan mereka kerana ramai yang akan meniru bahan tersebut. Mereka selalunya memberikan maklumat yang minima sahaja yang diperlukan oleh pihak berkuasa atau gambaran secara umum sahaja untuk melindungi rahsia dagangan mereka yang sebenarnya.

Panduan yang patut kita ikuti adalah dengan menjauhi segala jenis makanan yang berperisa tiruan mahupun semulajadi tambah-tambah lagi apabila ditulis pada label makanan tersebut. Makanan yang semulajadi tidak diperlukan langsung untuk dilabel berperisa semulajadi. Jadilah pengguna yang bijak untuk memilih makanan yang sihat untuk tubuh kita.