Sd2 wellness centre

Memberi khidmat sokongan dan perundingan berdiet SDII yang lengkap dan boleh dipercayai kepada orang yang ingin menurunkan berat badan secara cepat, selamat dan tanpa perlu berlapar. Jadikan SDII sebagai diet anda yang terakhir dan kekal kurus dan sihat sepanjang hayat. SDII bukan hanya sekadar berdiet tetapi adalah sistem pengurusan kesihatan dan penurunan berat badan yang lengkap. Fahamilah program SDII dengan betul untuk mendapat menafaat kesihatan yang berterusan serta berat badan yang ideal.

Bolehkah Stress Menghalang Penurunan Berat Badan ?

Friday 29 July 2011

Bolehkah Stress Menghalang Penurunan Berat Badan ?

Ini adalah salah satu soalan yang saya terima dari peserta latihan berdiet Lean4Life pada hari minggu yang lepas. Saya juga telah memberikan banyak contoh-contoh dimana banyak orang yang tidak mempunyai kesejahteraan mental ketika berdiet dan terlalu tertekan ketika hendak makan atau menimbang badan. Itu sebabnya salah satu topik utama yang kita tekankan didalam latihan tersebut adalah kesejahteraan mental dan sokongan berdiet.

Sebenarnya tekanan memang boleh menghalang penurunan berat badan. Bukan sahaja tekanan boleh menghalang penurunan berat badan tetapi ia boleh juga menyebabkan badan anda naik kembali. Tekanan – yang mungkin disebabkan oleh kurang tidur, pemakanan terlalu rendah kalori dan juga sudah tentu dari masalah kehidupan harian yang kita lalui akan menyebabkan rembesan hormone seperti cortisol dan adrenalin.

Hormon yang dirembeskan oleh sebab masalah tekanan ini akan menghantar pesanan kepada tubuh untuk  memecah jisim otot sebagai tenaga; yang akan menyebabkan metabolism badan menjadi rendah. Ia juga menghantar pesanan yang amat berkesan pada otak untuk kita makan (iaitu fenomena banyak makan kerana tekanan).

Cortisol juga akan memberi arahan kepada tubuh untuk menyimpan lemak dengan banyak dikawasan perut. Oleh kerana diantara tugas cortisol adalah memecahkan bahan kimia tubuh, maka cortisol yang teramat berlebihan akan menyebabkan kesan perlindungan semulajadi didalam badan dengan pengeluaran insulin yang berlebihan juga. Ini menjadikan keadaan dimakan pengeluaran cortisol yang berlebihan akan menjadi salah satu punca badan kita menghidapi keadaan rintangan insulin dan tidak boleh membakar lemak.

Salahsatu sebab lagi kenapa tekanan boleh menghancurkan proses penurunan berat badan kita adalah akibat dari serotonin.  Tekanan akan mengurangkan serotonin didalam badan. Pengeluaran serotonin akan menjadi berkurangan  kerana tekanan disebabkan kurang mendapatkan tidur yang nyenyak dan lena yang diperlukan untuk mengganti dan mengeluarkan serotonin yang cukup. Pada waktu ini kita memerlukan lebih lagi serotonin tetapi keadaan tekanan ini menyebabkan pengeluarannya makin berkurangan.

Mungkin ramai yang belum faham bahawa serotonin (5-hydroxytryptamine, 5-HT ) sebenarnya bukanlah sejenis hormon tetapi ianya adalah sejenis neurotransmitter atau bahan kimia yang menjadi penghubung saraf yang terdapat didalam otak yang juga banyak berfungsi pada bahagian dinding usus, pembuluh darah dan juga ‘central nervous system’.

Terdapat banyak fungsi serotonin ini yang diantaranya adalah mengawal selera makan, tidur, daya ingatan dan pembelajaran, menyeragamkan suhu badan, rasa atau perasaan, fungsi pembuluh darah, pengecutan otot badan, mengawal sistem edokrin dan kemurungan.   

Kekurangan serotonin memang tidak sesuai untuk penurunan berat badan dan memang menjadi salahsatu punca yang terbesar sebab badan kita naik jika anda menghidapi tekanan ketika berdiet.

Apabila kita berdiet maka jagalah kesihatan mental dan perasaan kita dan nikmatilah diet yang kita buat untuk mendapat menafaat yang optima.

Ini Adalah Minggu Pertama Saya Berdiet Rendah Karbohidrat. Kenapa Saya Merasa Pening Kepala ?

Wednesday 27 July 2011

Ini Adalah Minggu Pertama Saya Berdiet Rendah Karbohidrat. Kenapa Saya Merasa Pening Kepala ?

Pada hujung minggu lepas saya telah membuat latihan intensif berdiet yang bertajuk Kurus & Sihat Sepanjang Hayat dengan SDII selama dua hari di MidValley dengan kehadiran yang sangat menggalakkan kerana kedatangannya memang ‘full house’.  Oleh kerana masa yang terhad dan terlalu banyak topik yang menarik yang telah kita bincangkan maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan dengan lebih lanjut lagi berkenaaan soalan yang sangat popular seperti diatas.

Saya telah menerangkan banyak sebab-sebab yang boleh menyebabkan kita pening kepala apabila mula berdiet dan biasanya ini berlaku disebabkan oleh badan kita yang sudah mula beransur-ansur untuk menyesuaikan diri dengan cara pemakanan yang baru dimana gula sudah mula berkurangan dari apa yang kita makan dan badan akan beralih kepada pembakaran lemak didalam badan sebagai sumber tenaga alternatif. Keadaan ini berbeza-beza untuk setiap orang dan banyak juga orang tidak merasa apa-apa kesan langsung tentang perkara ini. Oleh itu saya selalu mencadangkan bahawa kita perlu membuat penyesuaian berdiet mengikut keadaan tubuh badan masing-masing.

Namun begitu sebenarnya kekurangan mineral didalam badan juga mungkin menjadi punca kepada masalah ini. Kita perlu faham, apabila kadar insulin didalam darah kita sudah mula menurun, kita juga akan kehilangan garam dan air dan didalam proses ini kita juga kekurangan potassium didalam badan.

Oleh itu, dengan kehilangan air yang banyak yang saya harapkan anda minum,  anda juga mungkin kekurangan elektrolit didalam badan yang akan merendahkan tekanan darah anda pada tahap yang mungkin menyebabkan anda rasa pening kepala.

Apabila ini berlaku maka ini sebenarnya bukan masalah tidak cukup gula didalam darah oleh sebab tidak mengambil makanan berkarbohidrat seperti sangkaan ramai.

Cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan mengganti garam yang hilang tersebut dengan menambah garam semulajadi didalam makanan atau minuman anda dan lihatlah akan kesannya pada tubuh anda. Cubalah satu sudu teh potassium chloride dan satu sudu teh garam makanan yang semulajadi (jangan gunakan garam putih yang sudah diproses) kedalam satu gelas air suam dan minum dan ia sememangnya amat berkesan untuk mengatasi masalah pening kepala, lenguh badan atau cepat mengantuk ketika anda berdiet.

Jangan lupa mengambil suplemen potassium ketika anda berdiet.

Kampung Yang Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) – Bahagian 2

Friday 22 July 2011

Kampung Yang Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) – Bahagian 2
Kampung Alert Bay Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) Didalam Kajian Selama Setahun
Oleh Lena Sin, Suratkhabar The Province : Ahad, March 16,2008

Lokasi kampung Alert Bay sebenarnya terletak di Cormorant Island, yang juga terletak di timur laut Vancouver Island. Ia adalah kawasan rumah orang asli ‘Namgis First Nation, yang juga kampung asal bagi Andrea Cranmer, yang membesar dipulau tersebut sebagai seorang kanak-kanak yang kurus dan cergas. Apabila dia sudah berumur, maka ukurlilit pinggangnya juga meningkat. Begitu juga dengan dua orang lagi kakaknya tetapi tidak seorangpun berkata apa-apa apabila mereka mula pergi membeli belah di kedai pakaian yang bersaiz besar.

“Ia adalah seumpama kami tidak menerima akan masalah berat badan kami,” kata Cranmer, 41 tahun. Diet sebelum ini tidak pernah berkesan langsung tetapi Cranmer, kakak-kakaknya serta ibu mereka juga sanggup mencuba apabila Wortman datang kekampung tersebut untuk mencari perserta diet.  Keluarga tersebut agak tergugat juga kerana terpaksa membuang segala jenis makanan bergula serta berkanji tetapi boleh memakan makanan berlemak. Mereka mengikut jenis makanan nenek moyang mereka termasuk ikan salmon yang dimasak dengan dapur api yang terbuka, yang diperap dengan minyak ikan eulachon.

Mereka juga memakan makanan penduduk asli pendalaman seperti rusa, elk salai dengan kobis bunga. Pada waktu Krismas, makcik Cranmer menyumbat ayam belanda dengan hirisan babi daripada roti. “Mungkin bunyinya tidak menarik tetapi rasanya memang enak, “ katanya lagi.

“Apabila kami keluar dari kawasan pulau, orang selalunya berhenti di Port McNeil untuk mengisi minyak dan masuk kedalam kedai untuk membeli bekal makanan bagi 2 jam perjalanan seterusnya ke Campbell River. Tabiat mereka selalunya membeli gula, potato chips dan minuman bergas,” kata Cranmer. “Kami terpaksa berjuang untuk tidak melakukannya. Apabila kami masuk kekedai,  pilihan kami adalah sebungkus makanan kulit babi, pepperoni sticks dan sesetengah dari kami membeli air dan air diet bergas. Makanan dari kulit babi tersebut menyelamatkan diet kami kerana kita hidup didunia yang moden.”
Apabila kembali semula ke Alert Bay,  kedai makan yang popular iaitu Bill’s Cafe dan dewan pool, kebetulan pula dipunyai oleh ketua puak disitu, yang juga terlibat didalam program diet tersebut. Ketuanya terpaksa menyesuaikan menu kafe tersebut dengan menyediakan burger yang dihidangkan tanpa roti dan juga salad tanpa crouton.

Apabila menjelang akhir bulan September 2007, Cranmer telah turun  10 kg dan saiz pula telah turun dari 16 ke 12.  Ibunya Vera Newman, serta kakaknya Donna Cranmer, kehilangan berat dengan jumlah yang sama tetapi kakaknya yang paling tua, Barb telah turun dengan banyak sekali sehingga 24kg.

Diserata pulau tersebut, kejayaan yang serupa telah dikecapi oleh para peserta diet yang julat umur mereka dari 20 tahun keatas sehinggalah ke 71 tahun, yaitu seorang tukang kayu yang telah pencen.  Hanya segolongan yang kecil sahaja yang tidak berjaya untuk meneruskan diet mereka.

Art Dick, yang pada satu masa pernah berat hingga 135kg dan amat benci mengambil insulin untuk penyakit diabetisnya telah berjaya untuk berhenti langsung dari mengambil ubat tersebut. Pegawai RCMP, Art Shaughnessy telah turun 2 lubang pada tali pinggangnya.  Shaughnessy, telah berjaya turun 11 kg yang pada mula lagi berminat sungguh untuk menyertai diet tersebut apabila telah diserang penyakit jangtung yang sederhana pada musim sejuk 2006. Dengan tiga salurdarah yang tersumbat, dia sangat khuatir untuk menyertai diet tinggi lemak dari makanan yang dibolehkan seperti bacon dan cheese.

“Pada mulanya amat mengelirukan, kerana ini bertentangan dengan saranan oleh Heart & Stroke Foundation,” kata pegawai hutan yang berumur 50 tahun itu. Namun begitu pakar jantungnya telah meluluskan diet tersebut dan ia memang berkesan. “ Tenaga saya sangat memeranjatkan. Saya sudah tidak lembab lagi dan saya boleh berjongging setiap hari”.

Walaupun diet rendah karbohidrat sudah mula digemari sejak kebelakangan ini, tidak kurang juga ia menjadi serangan pihak-pihak tertentu yang tidak menyukainya. Canadian Heart & Stroke Foundation, Canadian Diabetes Association dan  Dietitians of Canada tidak  mengesahkan diet ini dengan alasan bahawa kajian ini tidak dilakukan dengan tempoh masa yang mencukupi. Mereka juga mengatakan bahawa adalah mustahil untuk mengharapkan orang meninggalkan makanan berkarbohidrat secara jangka panjang. Masalah kesihatan yang utama juga dibimbangkan kerana dikhuatiri  akan meningkatkan risiko penyakit jantung disebabkan pemakanan lemak yang berlebihan, peningkatan tekanan darah, osteoporosis, gout, batu karang dan sembelit.

American Diabetes Association telah berani memecahkan tradisi dengan mengatakan diet rendah karbohidrat boleh membantu untuk mengawal kencing manis. Wortman percaya ini adalah petunjuk bahawa arus telah mula berubah apabila penyelidikan yang terkumpul termasuk dari kajian yang telah dibuatnya sendiri itu, menunjukkan kebaikan dari segi kesihatan dengan pengawalan gula serta makanan berkanji.

Walaupun kajian Wortman hanya berdasarkan kumpulan orang asli, ada juga mereka-mereka yang berdiet bukan dari penduduk asli yang mendapat keputusan yang sama berkenaan penurunan berat badan. Keputusan dari kajian sebelum ini juga menunjukkan bahawa jenis bangsa atau kaum juga bukanlah faktor penentu tentang bagaimana seseorang bertindakbalas dengan diet mereka.

Laporan hasil kajian Wortman  masih belum selesai tetapi namun demikian perserta di Alert Bay termasuk juga yang tidak menyertai kajian tersebut mengatakan mereka sekarang amat komited dengan cara pemakanan yang baru ini. Barb Cranmer, turun dari 100kg ke 76kg mengatakan bahawa dia tidak akan menengok kebelakang lagi:”Kami tidak mahu membeli belah dikedai-kedai pakaian yang bersaiz besar lagi. Ini bukan agenda kami disini.”

Lena Sin
lsin@png.canwest.com

>> Dari lapuran diatas tidak ada dinyatakan jenis senaman yang dilakukan oleh peserta tetapi saya merasakan bahawa gaya hidup mereka tanpa senaman khusus mungkin secara umumnya sama. Namun begitu cuba kita bayangkan jika mereka mengambil cara makan yang sama dan menambah lagi dengan latihan senaman interval atau latihan berselang-seli yang mempercepatkan lagi pembakaran lemak ketika berdiet. Saya yakin hasilnya akan lebih baik dari ini.

Jika Greg Wadhans boleh turun18kg hanya dengan merubah cara pemakanannya, cuba bayangkan berapa banyakkah lagi dia boleh turun jika dia menambah aktiviti yang membina jisim otot dan menaikkan metabolism badan pada waktu yang sama.

Kita juga harus berhati-hati kerana jenis-jenis makanan yang diambil yang diceritakan oleh penduduk Alert Bay tidak semesti cara pemakanan yang sempurna untuk program diet rendah karbohidrat dan hanya memberikan panduan umum sahaja. Jika anda ingin berdiet rendah karbohidrat dengan betul maka perlulah mendapat penjelasan yang lebih terperinci dari pakar pemakanan yang anda yakini serta boleh dipercayai.

Semuga kita mendapat mencetuskan kefahaman yang baik tentang cara pemakanan serta berdiet rendah karbohidrat ini dari apa yang berlaku di Alert Bay.

Kampung Yang Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) – Bahagian 1

Thursday 21 July 2011

Kampung Yang Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) – Bahagian 1
Kampung Alert Bay Kehilangan 1,200 Pounds (544kg) Didalam Kajian Selama Setahun
Oleh Lena Sin, Suratkhabar The Province : Ahad, March 16,2008

Cerita ini mungkin agak sudah lama serta agak panjang sedikit dari biasa tetapi saya pasti ia masih bermakna untuk kawan-kawan kita yang berusaha samada untuk menurunkan atau mengekalkan berat badan mereka.

Samada anda berminat didalam menurunkan berat badan atau tidak, saya yakin topik ini sudah pasti menarik perhatian anda. Itulah apa yang berlaku apabila mereka membaca Suratkhabar Edisi Hari Minggu Kanada, The Province pada pagi yang bertarikh March 16, 2008.

Ini bagaimana pemberita Lena Sin memulakan ceritanya:
“Bandarnya telah mula mengecil, dan Greg Wadhams juga berazam untuk mengecil bersama-samanya. Oleh itu pada malam yang dingin bulan December 2006, nelayan komersial yang berumur 55 tahun itu duduk serta mengucapkan selamat tinggal kepada yang lepas. Dia menikmati makanan ayam chow mein, nasi goring dan udang goring dengan rasa yang amat puas. Selepas itu, dengan suapan yang terakhir, dia mengucapkan selamat tinggal kepada makanan kegemarannya itu.”

Wadham sebenarnya telah merancang untuk kembali kepada diet tradisional penduduk asli tempatan untuk tahun berikutnya, menyertai ujikaji yang akan dijalankan untuk keseluruhan penduduk kampung kecil di Alert Bay, yang bertujuan untuk memerangi obesiti dan diabetis yang melanda penduduk di kawasan Vancouver Island, British Colombia itu.

Peraturannya amat mudah: Makan apa sahaja lemak yang anda mahu, apa sahaja makanan laut, daging dan sayur-sayuran yang bebas kanji. Lemak tenusu seperti krim dan cheese dibolehkan tetapi bukan susu. Makanan-makanan lain yang berkarbohidrat seperti pasta, roti, kentang goring langsung tidak dibenarkan. Sebelum ini memang tidak ada nenek moyang Wadham yang berpesta memakan pasta atau nasi atau ais krim.

Menjelang berakhirnya tahun 2007, lebihkurang 1,200 pounds (544kg) berat telah diturun secara berkumpulan dari jumlah lebihkurang 80 orang penduduk kampung nelayan tersebut yang secara resminya menyertai program tersebut – berat yang lebihkurang sama dengan sebuah truck atau 10 ekor babi gemuk.

“Nenek  moyang kami mesti sudah mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu kerana apabila kita makan cara mereka, maksud saya, anda akan rasa hebat,” kata Wadham.
Dia sendiri bukan sahaja kehilangan 18 kg, tetapi juga tidak  memerlukan apa-apa jenis ubat lagi untuk penyakit kencing manisnya.

Ketua puak ‘Namgis yang selamanya kaum nelayan iaitu Bill Cranmer, yang juga susut 4.5kg didalam program tersebut merasa sangat teharu dengan keputusan yang dicapai dan mencabar semua penduduk negeri itu melakukan perkara yang sama.

"Saya sedar akan masalah obesiti dan diabetis, dan ini adalah cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah tersebut,” katanya lagi.

Ujikaji di Alert Bay tersebut adalah hasil gagasan Dr. Jay Wortman,  seorang doktor yang juga menghidapi masalah kesihatan beberapa tahun sebelumnya. Wortman, seorang penyelidik di Universiti of British Colombia, telah mengalami masalah berat berlebihan, merasa penat dan memerhatikan bahawa tekanan darah  beliau sudah mula meningkat. Dia selalu merasa dahaga, dan kerap untuk bangun terkencing pada waktu tengah malam.

Pada mulanya dia mengenepikan masalah tersebut sebagai faktor umur sehinggalah dia tersedar yang dia sepatutnya lebih mengetahui akan punca masalah tersebut. Wortman telah menunjukkan tanda-tanda Diabetis type 2, dimana ujian yang selanjutnya mengesahkan bahawa dia memang betul menghidapinya. Lebih menarik dimana beliau sendiri pernah menjadi doktor residen disebuah kem musim panas untuk kanak-kanak yang menghidapi diabetis.

Apabila beliau tersedar, doktor yang berumur 57 tahun ini terus memberhentikan makanan berkarbohidrat untuk tidak memburukkan lagi kadar gula darahnya yang sedang tinggi itu. Dia bukannya bermaksud untuk merawat penyakit kencing manis tersebut, dimana selalunya memerlukan terapi ubat-ubatan dan bukan juga bermaksud untuk melambat-lambatkan kesan penyakit tersebut.  Namun begitu, sesuatu perkara yang ajaib telah berlaku: Kadar gula didalam darahnya menjadi normal, kembali bertenaga, berlaku penurunan berat badan dan peristiwa bangun kencing pada waktu malam serta kerap merasa dahaga juga hilang. Isteri Wortman menerangkan bahawa suaminya telah mengikuti Diet Atkins.

Tetapi bagi Wortman,  ia mengingatkannya kepada makanan semasa kecilnya di Northern Alberta, dimana daging kering moose sebagai snek yang biasa dan haiwan liar serta sayuran yang rendah gula sebagai makanan utama setiap hari.

Menyedari penduduk asli Kanada sedang bergelut dengan masalah obesiti dan kadar diabetis yang 3 hingga 5 kali lebih tinggi dari keseluruhan penduduk, Wortman memutuskan untuk  melancarkan satu ujikaji untuk memastikan samada diet penduduk asli berkesan untuk melawan penyakit-penyakit tersebut. Dengan dana sumbangan dari Health Canada, Wortman terbang ke Alert Bay untuk mendapatkan sokongan penduduk disana untuk kajian tersebut.

>> Nanti kita akan melihat apakah yang sebenarnya berlaku kepada penduduk di Alert Bay apabila menjalani program pemakanan tersebut dalam artikel yang selanjutnya.

Ubat-ubatan Yang Mengganggu Penurunan Berat Badan

Monday 18 July 2011

Ubat-ubatan Yang Mengganggu Penurunan Berat Badan

Jika anda mengambil SD2 ataupun apa sahaja jenis diet yang anda lakukan, dan masih mengalami masalah untuk menurunkan berat badan; maka jangan lupa melihat bahan-bahan yang terkandung didalam ubat-ubatan yang anda ambil.

Diantara ubat-ubat yang perlu anda perhatikan adalah:-
  1. Antidepressants, terutamanya didalam kategori SSRI (selective serotonin reuptake inhibitors). SSRI mempunyai kesan sampingan yang akan mengakibatkan susah tidur, anxiety, gemuruh, pening kepala dan ketagih karbohidrat. Banyak ubatan yang telah lama dipakai untuk rawatan psycothropic (tricyclic antidepressants) juga menyebabkan kenaikan berat badan. 
  2. Estrogen dan juga kebanyakan HRTs (hormone replacement therapies) termasuk ubat perancang kehamilan akan mengakibat kenaikan berat badan dan menghalang penurunan berat badan. Kebanyakan hormone yang diambil akan mengkibatkan penguasaan estrogen didalam badan dan menghalang insulin serta mengganggu penurunan berat badan. 
  3. Ubat untuk penyakit darah tinggi.Terutamanya diuretics yang juga dikenali sebagai beta-blockers, yang menyebabkan penghalang kepada penurunan berat badan. Apabila berat badan anda turun, selalunya tekanan darah akan menjadi lebih baik dan doktor anda perlu mengurangkan ubat penyakit darah tinggi supaya tidak over-dose.
Berhubunglah dengan doktor anda untuk mencari alternatif kepada ubat-ubatan diatas termasuk juga steroids, NSAIDs dan statins yang juga boleh menghalang penurunan berat badan anda ketika berdiet. ANDA TIDAK DIMINTA UNTUK BERHENTI  ATAU MENGURANGKAN UBAT-UBATAN TERSEBUT MELAINKAN SETELAH MENDAPAT NASIHAT DOKTOR ANDA.

Adakah Anda Termasuk Golongan Yang Berdiet Rendah Lemak Atau Low-Fat ?

Saturday 16 July 2011

Adakah Anda Termasuk Golongan Yang Berdiet Rendah Lemak Atau Low-Fat ?

Saya tahu bahawa anda sudah biasa mendengar seumur hidup anda serta dimana-mana sahaja orang akan mengatakan untuk anda menjadi sihat, anda haruslah pilih diet rendah lemak atau low-fat. Tidak mustahil doktor anda juga telah menyarankan kepada anda untuk mengelakkan makanan yang kaya dengan kolesterol dan pilih makan cereal daripada makan telur.

Anda mungkin merasa keliru apabila saya mengatakan bahawa untuk kesihatan anda, maka yang disebaliknya adalah lebih baik dan tepat; anda sepatutnya tidak takut kepada makanan yang mengandungi lemak semulajadi seperti susu, butter dan cheese dan anda tidak sepatutnya mengambil apa-apa makanan langsung yang mengandungi label ‘bebas lemak’ atau ‘rendah lemak’.

Satu saranan yang bertentangan dengan kesukaan ramai memang susah untuk diterima dan akan membuat anda merasa bingung. Memang perasaan begitu bukan hanya dirasakan anda seorang dan tulisan saya ini bukan untuk mengelirukan anda tetapi sebenarnya untuk membantu anda dengan kefahaman yang sebenar.

Kita sebenarnya kerap didedahkan dengan penipuan, salah taggapan,  dan cerita dongeng berkenaan fakta pemakanan. Saya banyak kali menerima maklum balas dimana orang akan mengatakan kenapa doktor saya tidak pernah memberikan maklumat seperti ini  tetapi disebaliknya ?  Saya telah bertanya kepada rakan-rakan doktor saya dan sebenarnya kata mereka kebanyakan mereka melalui fasa sekolah perubatan  tanpa melalui satu kertas pun tentang nutrisi. 

Oleh kerana tidak cukup pendidikan serta pendedahan tentang pemakanan ini, maka kebanyakan doktor akan hanya mengikut panduan umum,  yang mana banyak dipengaruhi oleh  syarikat industri pemakanan dan  para pelobi mereka. Doktor pada waktu ini hanya mempunyai sedikit masa dengan pesakit mereka dan mereka telah dilatih untuk mengubat pesakit dengan ubat-ubatan dan bukan dengan pemakanan. Malah lebih teruk lagi setiap hari mereka  telah didedahkan oleh propaganda oleh syarikat-syarikat famasi untuk melariskan ubat-ubat mereka.

Sakit kencing manis ? Makan ubat. Terlebih berat atau obese ?  Makan ubat. Kemurungan atau stress ? Makan ubat. Saya kerapkali berjumpa orang-orang yang ingin berdiet  dan mereka kata mereka pernah berdiet dengan cara memakan ubat-ubat diet seperti Duramin yang banyak kesan sampingan yang buruk dimana preskripsinya diberikan oleh doktor-doktor mereka juga.

Doktor kebanyakannya pada waktu ini menyelesaikan segala masalah anda hanya dengan ubat-ubatan yang mereka tahu ada kesan sampingannya. Mereka tidak dilatih untuk melihat penyakit dengan merawat punca penyakit tersebut. Sebenarnya jika doktor anda dapat meruangkan masa  untuk melihat kadar insulin, hormone tumbesaran, thyroid,  estrogen, progesterone dan tostesteron, disebalik hanya merawat simtom atau tanda-tanda penyakit itu sahaja; maka mereka akan faham bahawa  banyak masalah kesihatan boleh dirawat hanya dengan membetulkan serta menjaga pemakanan anda atau mengatur semula hormone anda keparas yang normal.

Memang ubat anda keperluannya tersendiri tetapi ubat tidak boleh menjadi ganti kepada diet yang betul dan sihat. Jangan salah anggap bahawa tulisan ini dibuat bukanlah untuk menyerang doktor-doktor atau rakan-rakan yang bekerja didalam industri kesihatan; tetapi saya sudah merasa tepu dan penat dengan jawapan kebanyakan orangramai  dan hanya untuk membetulkan persepsi mereka yang tidak mahu bertanggungjawab serta mengambil berat untuk mendapat kefahaman yang betul tentang pemakanan mereka sendiri dan asyik mengatakan alasan bahawa doktor mereka tidak pernah memberitahu mereka akan maklumat-maklumat yang sepatutnya untuk menjaga kesihatan mereka sendiri.

Jika ada ruang nanti saya akan sambung lagi untuk menerangkan kenapa makanan-makanan yang dilebel ‘low-fat’ atau rendah lemak sebenarnya tidak baik untuk kesihatan anda dan kenapa makanan yang mempunyai lemak yang baik memang diperlukan untuk tubuh badan kita terutama sekali apabila kita sedang berdiet.

Peraturan Penting Berdiet SDII

Monday 11 July 2011

Peraturan Penting Berdiet SDII

Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SD2 ?  Berikut adalah peraturan-peraturan penting ketika berdiet SD2 dan ingatlah peraturan-peraturan ini seolah-olah nyawa anda tergantung kepadanya.

1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN. (DO NOT SKIP MEALS)
Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan size yang kecil.

2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA.
(DO NOT GO MORE THAN SIX WAKING HOURS WITHOUT EATING)

Anda juga boleh mengambil snek setiap 4 jam atau apabila anda lapar.

3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP. (EAT ENOUGH PROTIEN)
Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik, makanan laut  dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dengan selesa dan bukan terlalu kenyang. Suplemenkan dengan memakan SD2 sebanyak 2 skop setiap kali sebanyak 4 kali sehari.

4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI.
(EAT NO MORE THAN 35 GRAMS A DAY OF NET CARBS)

Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20 gram net karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya anda  boleh mengambil sehingga 35 gram net karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai Kadar Karbohidrat Yang Kritikal untuk membakar lemak dan pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih belum lancer. Sebenarnya 35 grams net karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari.

5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.
(EAT ABSOLUTELY NO FRUIT, BREAD, PASTA, GRAINS, STARCHY VEGETABLES, LEGUMES OR ANYTHING MADE WITH FLOUR OR SUGAR DURING THE WEIGHT LOSS PROGRAM)

6. Minum sekurang-kurangnya 2 litre air kosong setiap hari.
(Drink at least 2 litre of water everyday)

7. Hindari minuman berkafein seperti cofee, tea dan minuman ringan dan bergas.
(Avoid caffeine in the form of coffee, tea and soft drinks)
Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.

8. Kira setiap paket pemanis tiruan sebagai 1 gram net karbohidrat.
(Count each packet of artificial sweetener as 1 gram of net carbs)
Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Stevia adalah lebih organik dan semulajadi.

9. Apabila anda makan diluar, maka berhati-hatilah dengan karbohidrat yang tersembunyi.
(When you eat out, watch for hidden carbs)
Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.

10. Jangan menyangka semua makanan mempunyai karbohidrat yang rendah.
(Dont assume any food is low in carbohydrate)
Pastikan anda membaca label pemakanan tersebut dan berapa jumlah karbohidrat makanan tersebut. Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat (carbohydrate gram counter).

Apabila anda bermula dengan diet SD2, lakukan dengan bersungguh-sungguh pada 2 minggu pertama setiap peraturan-peraturan yang telah dinyatakan untuk berjaya. Lakukanlah dengan sepenuh hati dan jiwa setiap peraturan-peraturan tersebut sebelum anda melakukan versi peraturan anda sendiri.

Makan Sandwich Kesihatan Untuk Berdiet

Friday 8 July 2011

Makan Sandwich Kesihatan Untuk Berdiet

Semalam saya berpeluang bercerita tentang bab kesihatan dengan anak perempuan saya yang juga bekerja secara sambilan di restoran makanan segera yang berasaskan sandwich;  sambil belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Shah Alam. Perbincangan ini amat menarik kerana disepanjang waktu pekerjaannya dia banyak berjumpa dengan ramai orang-orang yang memang berusaha mengambil berat soal kesihatan masing-masing dan datang makan di restoran tersebut.

Kata anak saya lagi, cuba lihat cara pesanan yang dibuat oleh seorang eksekutif wanita muda yang tergolong diantara mereka-mereka yang sedang menjaga kesihatan dan pemakanan. Pesanannya adalah seperti berikut,” Saya tengah menjaga kesihatan dan berdiet, saya mahu sandwich wheatgerm, letak lebih sayuran, kurangkan daging dan ayam, jangan letak cheese, letak oil & vinegar dan triple the sos !. Sertakan minuman diet xxxx dengan makanan tersebut”.

Maka saya dan anak saya pun ketawa dengan cara pesanan itu dibuat. Saya tidak menyalahkan eksekutif  wanita muda tersebut kerana cara pemahaman kita tentang kesihatan telah banyak tersalah arah kerana kepentingan syarikat-syarikat pengeluar makanan yang mencorakkan cara pemahaman kita tentang kesihatan dengan bertujuan untuk melariskan produk mereka semata-mata.

Jika lebel ‘kesihatan’ boleh melariskan makanan tersebut, maka mereka akan mencari apa sahaja kandungan baik makanan tersebut atau melebelkan jenama makanan tersebut dengan perkataan ‘diet’ atau ‘light’ atau ‘low’ dan seumpamanya. Namun begitu, sudah tentulah syarikat tersebut tidak mengenengahkan kandungan produk mereka mengandungi gula atau karbohidrat berlebihan atau mengamdungi ‘trans fat’ atau lemak tepu yang tidak boleh dihadamkan oleh badan. Ditengah-tengah perbincangan tersebut, kami juga kebetulan mendengar iklan radio berkenaan sejenis ayam panggang yang sihat kerana rendah kalori, rendah lemak dan rendah garam. Ini menambahkan ketawa kami lagi anak-beranak.

Syukurlah anak-anak saya pun sudah mula faham akan jenis-jenis pemakanan yang sihat dan tidak hanya tertipu dengan iklan-iklan produk syarikat makanan semata-mata. Gula yang berlebihan yang kita makan adalah diantara sebab-sebab utama lemak meningkat didalam badan. Contohnya tentang sandwich kesihatan tadi, jika kita hendak berdiet dan menurunkan berat badan maka jenis pemakanan yang perlu kita jaga adalah kandungan gula atau karbohidrat sandwich tersebut.

Memang lebih baik kita mengambil roti wholemeal kerana karbohidratnya lebih rendah tetapi sos yang diambil dengan tiga kali ganda tersebut itulah punca gula yang teramat tinggi dan menyebabkan berat badan kita naik. Selalunya 1 sudu  sos tersebut ada lebihkurang 53 gm karbohidrat (agak berbeza mengikut jenama produk tersebut) dan ini bersamaan dengan 5 keping roti wholemeal. Cuba bayangkan jika dia mengambil 3 kali ganda sos tersebut; ini bermakna sama dengan memakan lebihkurang 15 keping roti wholemeal. Belum lagi mengira kandungan karbohidrat pada minuman diet xxxx yang dipesan dengan makanan tersebut. Jadi apakah gunanya mengurangkan makan ayam & daging atau tidak mengambil cheese didalam sandwich tersebut ? Sekarang anda sudah fahamkah kenapa kami ketawa ?

Saya terus melanjutkan perbincangan anak-beranak ini dengan menceritakan secara terperinci tentang fungsi kandungan sandwich yang dipesan tersebut seperti wheatgerm, oil & vinager dan apakah impaknya terhadap kesihatan dan penjagaan berat badan.

10 Tips Untuk Ada Berjaya Menanam Tabiat Senaman Sebagai Gayahidup

Tuesday 5 July 2011

10 Tips Untuk Ada Berjaya Menanam Tabiat Senaman Sebagai Gayahidup



1.  Menunggang basikal, berjogging atau berjalan ke tempat kerja.
Jika ada shower di tempat kerja, ini adalah cara yang terbaik untuk memulakan hari anda dan menjimatkan masa anda.
2.  Bersenaman waktu makan tengah hari .
Bersenam waktu tengah hari membantu meningkatkan tenaga dan menyebabkan waktu petang berlalu dengan cepat.
3.  Bersenam di hadapan televisyen.
Dengan cara ini anda pasti bersenam tanpa meninggalkan rancangan kegemaran anda. Jadikan bersenam satu kemestian apabila menonton tv dan bukan menghalang anda bersenam.
4.  Bersenam dengan kawan-kawan atau rakan sekerja.
Bersosial sambil bersenam akan menambah kualiti masa anda. Senaman berkumpulan juga adalah program yang digemari biasa dan tempat untuk berjumpa teman baru.
5.  Bangun awal untuk bersenam.
Bersenam waktu awal pagi adalah satu kekuatan & nikmat yang tidak boleh diucapkan.
6.  Bersenam di rumah.
Jika anda mempunyai alat bersenam atau video senaman, anda tidak perlu motivasi tambahan atau masa tambahan untuk bersiap keluar rumah
7.  Buat rancangan untuk bersenam.
Mengikut jadual yang telah dirancang adalah alat yang kuat untuk tetap berjaya. Lihat seminggu kehadapan untuk jadual senaman anda. Adalah lebih selamat jadual bersenam waktu pagi dari waktu lain disiang hari.
8.  Buat temujanji bersenam.
Besar kemungkinan anda lebih berjaya dan komited jika ada temujanji bersenam dan jika anda tidak hadir rakan senaman anda akan membuat anda rasa bersalah.
9.  Bersenam sebelum balik kerumah.
Bersenam dulu berhampiran tempat kerja untuk mengelakkan membuang masa di traffik jam dan jangan memberi alasan untuk tidak bersenam.
10.  Pastikan keutamaan yang betul.
Menafaat bersenam memanglah tidak melebihi keutamaan yang lebih penting didalam hidup anda: masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Gunakan tips bersenam ini bersama-sama orang yang penting dalam hidup kita. Dalam jangkawaktu panjang, senaman akan memberikan anda beberapa tahun lebih bersama-sama mereka yang tersayang !

Saya rasa saya telah mengutarakan maklumat yang jelas tentang keutamaan bersenam terutamanya ketika berdiet.  Bola sebenarnya dikaki anda dan semuanya  bergantung pada diri anda sendiri. Jangan biarkan satu haripun berlalu tanpa melakukan apa-apa senaman; sekurang-kurangnya berjalan kaki. Lakukanlah senaman untuk  tubuh anda, jantung anda, untuk orang  yang anda sayang dan yang penting sekali, untuk diri anda sendiri !